uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Tuesday 3 January 2012

Hidup Bermatlamat Ibarat Kapalterbang Berpemandu

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum dan salam sejahtera.....

Hidup tidak bermatlamat ibarat kapalterbang kertas. Tidak ada tujuan, kadang-kadang lain yang dituju kelain pula perginya. Semasa zaman kanak-kanak kita gembira bermain kapalterbang kertas. Koyakkan satu halaman buku catitan sekolah, lipat-lipat dan main ramai-ramai dalam kelas. Bersimpang-siur berterbangan dan kadang-kadang berlanggar di udara. Salah-silap terjunam di hadapan guru yang baharu sampai. Nahas! Jawapnya....

Hidup bermatlamat pula ibarat kapalterbang yang ada pemandu. Ada distinasi yang hendak dituju dan aktiviti penerbangan ikut tatacara jadual yang telah ditetapkan. Sebelum menuju ke sesuatu destinasi mestilah membuat persiapan bekalan makanan dan minyak untuk kapalterbang. Kakitangan kabin yang cantek manis, handsome, sihat dan ceria....

Jika berlaku halangan seperti keadaan cuaca, buat pindaan penerbangan dan singgah di tempat yang selamat dan sambung perjalanan semula. Begitulah juga kehidupan kita didunia yang fana ini, ada perjalanan dan destinasi yang dituju.

Ada tujuh aspek matlamat hidup yang perlu dicapai di dunia ini untuk mencapai kebahagian hidup di dunia dan di akhirat. Tujuh aspek matlamat hidup tersebut ialah:

Jasmani 
Kesihatan tubuh badan adalah penting untuk mencapai kelangsungan aspek matlamat hidup. Andai kita tidak sihat sudah tentu aktiviti harian kita terbatas. Maka jagalah kesihatan. Makan makanan yang seimbang dan mendatangkan kebaikkan kepada kesihatan disamping lakukan akitiviti kecergasan.

Pemikiran
Jangan rosakkan pemikiran kita dengan perkara-perkara yang negatif yang menjejaskan pemikiran kita. Fikiran kita boleh terjejas apabila kita memandang, mendengar, makan dan minum benda-benda yang dilarang samada oleh agama ataupun undang-undang. Bersihkan hati kita dari unsur-unsur negatif supaya tercerna pemikiran yang positif.

Ketuhanan
Setiap individu mempercayai adanya Tuhan dan agama. Laksanakan yang disuruh dan tinggalkan kemungkaran. Pastinya yang baik itu adalah untuk kebaikkan diri sendiri, keluarga, agama, bangsa dan Negara.

Kewangan
Tidak ada sesuatu pun, yang pipih datang melayang. yang bulat datang bergolek. Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Semuanya perlu berusaha keras untuk menstabilkan kewangan. Anak-anak muda yang masih menuntut ilmu perlu berusaha mencapai kejayaan dalam peperiksaan supaya suatu hari nanti dapat menjawat pekerjaan yang menjanjikan pendapatan yang lumayan. Pekerja pula perlulah bersungguh-sungguh melaksanakan tanggungjawab lebih cemerlang supaya mendapat ganjaran di dunia malahan di akhirat. 

Kemesyarakatan
Hidup perlulah bermasyarakat samada ditempat kerja dan kejiranan kita. Kita hendaklah bersatu-padu, tolong-menolong, hormat-menghormati dan jangan memprovokasi isu-isu sensitif berkaitan adat-resam, perkauman dan agama.

Kekeluargaan
Dalam mencapai matlamat hidup, janganlah lupa pula di atas tanggungjawap terhadap keluarga masing-masing. Lebih tua perlu ada tanggungjawap kepada yang lebih muda. Orang muda pula perlulah juga ada rasa tanggungjawap kepada orang yang lebih dewasa. Semua pihak dalam sebuah keluarga ada peranan masing-masing. 

Kerjaya
Semua orang perlu ada kerja untuk mendapatkan wang. Hanya dengan bekerja kita dapat ganjaran wang. Jikalau tidak ada wang bagaimanakah kita hendak membeli keperluan harian untuk hidup. Lakukan apa sahaja pekerjaan yang boleh mendapatkan wang tampa memilih pekerjaan kecuali yang dilarang oleh undang-undang dan agama. 

Andai kita ingin bahagia, seimbangkanlah tujuh aspek tersebut di atas samada ia merupakan aspek yang mempunyai matlamat kecil ataupun besar. Ada ketikanya sesuatu aspek matlamat itu perlu dilebihkan dan adakalanya perlu dikurangkan mengikut kesesuaian dan diharmonikan.

Setiap individu bebas menentukan matlamat dalam semua aspek kehidupan. Kita berhak untuk memilih cara hidup ikut cara kita sendiri asalkan tidak menyalahi undang-undang.

Sekian terima kasih....Wassalam....
Petuapaje.blogspot.com

No comments:

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...