uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Monday 9 January 2012

Putihkan Gigi Dengan Arang Dapur Kayu Getah

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Orang dulu-dulu kata kalau nak putihkan gigi gosok dengan arang. Pada zaman saya kanak-kanak dahulu,  semua orang kampong guna dapur kayu. Kayu yang digunakan ialah batang getah dan sesetengahnya kadang-kadang ada juga menggunakan batang rambutan. Bila memasak menggunakan dapur kayu adalah juga saki-baki arang dapur tersebut yang masih belum habis terbakar menjadi abu. Jadi arang itulah yang digunakan untuk memutihkan gigi.
Arang dapur tersebut ditumbuk hingga halus menggunakan lesung batu. Ambil kain yang sudah tidak digunakan lagi dan coletkan pada arang yang sudah ditumbuk tadi. Gosokkan pada gigi beberapa minit. Fokuskan mengosok gigi pada bahagian hadapan. Lihat pada cermin....Ha ha ha...Comot hitam...

Lepas itu berkumur-kumur sehingga bersih. Masalahnya tidak boleh bersih sebab ada serbuk arang yang terselit-selit pada celah gigi. Terpaksalah pula ambil berus gigi dan ubat gigi. Gosok pula beberapa minit. Susahnya hendak putihkan gigi tetapi tidak juga putih gigi.

Orang tua-tua kata kalau nak putihkan gigi gosok dengan arang. Terfikir juga kadang-kadang adakah petua tersebut benar. He he he...Beberapa hari lagi saya nak cari aranglah nak cuba buat lagi sekali mana tahu percubaan dahulu itu ada terdapat kesilapan teknik.

Kalau percubaan kali ini berjaya...saya akan beritahu anda...Sekarang ini pun gigi saya tidaklah kuning. Kadang-kadang hendak tergelak juga. Semasa comot hitam itu memanglah terserlah gigi nampak puteh. Yalah bila hitam digandingkan dengan puteh, sudah tentu warna putih biarpun tidak seputih mana ia akan terserlah nampak lebih putih.

Kita pakat-pakatlah cuba kaedah nenek-moyang kita memutihkan gigi. Kalau menjadi...Ha ha ha...alamat tidak laku lah bahan pemutih gigi yang banyak dijual dipasaran sekarang...

Ok..bye...bye....Wassalam


Petuapaje.blogspot.com

No comments:

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...