uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Sunday 22 January 2012

Selamat Tahun Baru Cina Tahun Naga Tahun Paling Berkuasa 2012

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum dan salam sejahtera.......

Selamat Tahun Baru Cina, "Gong Xi Fa Cai" kepada semua jiran tetangga saya dan rakan-rakan saya yang berbangsa Cina di mana jua sedang berada. Terima kasih juga kepada semua jiran-jiran dan kawan-kawan saya kerana memberi saya buah limau dan hamper.
Tanglung berwarna merah cantek dan berseri...
Dalam tempoh seminggu ini semua rumah jiran tetangga telah dihiasi dengan tanglung berwarna merah. sungguh cantek dan ceria...Ia kelihatan berseri-seri untuk menyambut ketibaan Tahun Baru Cina yang jatuh pada 23hb. Januari 2012. 

Tahun Baru Cina juga dianggap sebagai Cuti Umum National kerana bukan sahaja dirayakan oleh berbangsa Cina tetapi sama-sama dirayakan oleh bangsa lain terutamanya Negara Malaysia yang memang terdiri dari berbilang kaum.
Pemuda India ini juga menjual bunga hiasan untuk sambutan Tahun Baru Cina
Di Pasaraya, bangunan-bangunan awam, bahkan dijalan-jalan juga dihiasi tanglung berlampu menunjukkan Festival Tahun Baru Cina disambut dengan meriah tahun ini. Tahun Baru Cina Tahun ini adalah tahun bertuah kerana Tahun Naga.

Saya sempat menjenguk Pasar Malam Pekan Cina Di Bandar Alor Setar. Bermacam-macam jualan terdapat di sana seperti kueh-muih, kueh bakul, bunga hiasan, pokok limau dan macam-macam lagi..
Bunga hiasan Nenas lebih berseri kerana berwarna merah...
Semuga Tahun Naga ini merupakan harapan mendatangkan kekayaan, kemakmuran, kebahagian dan kesejahteraan kepada semua rakyat Malaysia.


 http://Petuapaje.blogspot.com

No comments:

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...