uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Friday, 16 March 2012

Jalan-Jalan Ke Pulau Pinang Perlu Ambil Masa 2 Hari

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Jambatan P.Pinang



Kalau hendak jalan-jalan di Pulau Pinang perlu ambil masa sekurang-kurangnya 2 hari. Kalau satu hari pun boleh tapi perlu dirancang dengan betul.

Lepas sessi lawatan ke Persatuan Pengguna Pulau Pinang, bas hantar kami ke Padang Kota..Dalam pukul 3 petang di sana. Terpaksalah menyusur jalan cari makan dan cari masjid untuk sembahyang.

Terpaksalah kami menyusur Jalan Lebuh Masjid Kapitan Keling. Singgah di Mahkamah Tinggi Jenayah untuk tumpang makan di cafe. Lauk pun dah nak habis. Hanya tinggal lauk kari ikan. Sedap juga kari mamak tu....Habis makan cepat-cepat hendak ke masjid Kapitan Keling. Nak short-cut punya pasal tersesat dalam pagar bangunan sahaja.






Komtar
Terpaksa mengalah...naiklah beca....bila dah nak sampai masjid...apek beca macam dah tak larat nak kayuh...Ah! sudah...bimbang apek pengsan....Akhirnya sampai juga ke Masjid. Minta apek beca tunggu kami dalam 30minit.Dalam setengah jam jumpa balek apek...Alamak! Apek kata beca pancit tayar...Terpaksalah menyusur balik...jalan kaki sahaja....

Sampai balek di bus lebih kurang pukul 4.30 petang seperti yang dijanjikan.


Tugu di hadapan Mahkamah Tinggi Jenayah



Saya tahu...pelajar-pelajar yang terlibat dalam lawatan tersebut tidak berpuas hati kerana perjalanan yang tidak mengembirakan kerana kesuntukkan masa sedangkan di Institusi sedang mengadakan Minggu Aktiviti. Maafkan kami Tenaga Pengajar sebagai pengiring lawatan. Kami hanya sebagai pengiring...bukan perancang lawatan.

Pukul 6.30 petang sampai di penginapan pelajar...cepat pula sampai...2 jam sahaja. Perjalanan pergi ambil masa 4 jam...geram....geram.....
Padang Kota
Pesisir Pantai Padang Kota
Dewan Seri Pinang




 http://Petuapaje.blogspot.com

No comments:

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...