uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Friday 9 March 2012

Masker Putih Telor Lapis Kertas Tisue

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Petang tadi saya cuba buat dan guna masker yang anak murid saya cerita dan syorkan.

Wani dan kawan-kawan dia kata mereka buat masker guna putih telor dan lapiskan dengan kertas tissue. Mula-mula mereka kata, "sapu muka dengan puteh telor kemudian letakkan kertas tisue  di atasnya. Lepas itu sapu lagi putih telor tersebut di atas lapisan kertas tisue. Bila sudah kering, tarik kertas tisue tersebut".

Saya pun sapu muka dengan puteh telor kemudian letakkan kertas tisue di atasnya. Bila saya sapu putih telor di atas kertas tisue tersebut, ia melekat-lekat menyebabkan kertas tisue tersebut terkoyak. Jadi cara yang paling mudah ialah saya rendam terus kertas tisue di dalam putih telur. Bila keseluruhannya sudah meresap saya tepekkan di atas muka. Setelah kering saya tarik kertas tisue tersebut.

Alamak! macam hendak tanggalkan kulit kayu....Ha! betul kata anak murid saya, putih-putih muka melekat pada kertas tisue tersebut. Panjang-panjang.....

Pandai pula mereka ni mereka-reka .....Lepas ini apa pula mereka nak reka agaknya...Pastinya projek mereka surau di atas tapak cadangan surau Taman Cemara mesti disiapkan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan...

Adakan cara saya tadi lebih berkesan...daripada cara mereka. Ada masa saya akan cuba lagi mengikut cara mereka dan menggunakan kertas tisue berwarna jadi boleh nampak lebih jelas adakah yang meleka pada kertas tisue itu betul-betul "white head" atau pun sekadar bulu roma.

Anda cubalah...sambil mencuba sesuatu yang baru, berseronok dan membersihkan muka hingga ke dalam liang-liang roma....He he he.....


 http://Petuapaje.blogspot.com

No comments:

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...