uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Wednesday 28 March 2012

Mati Keracunan Siput Babi Semasa Perang Jepun di Tanah Melayu

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Kulit siput babi cantek...Kalau banyak siput babi, orang kata tempat itu tanahnya subur...Betul juga...Banyak pokok sebagai makanan siput babi.

Tanah keliling rumah saya memang subur. Pokok yang saya tanam semua tumbuh. Tidak tanam pun tumbuh ha ha ha.

Balik dari rumah ibu mertua di Kelantan, dia beri saya anak pisang untuk ditanam. Sebenarnya sudah tidak ada ruang pun untuk menanam pokok. 


Tak bawa balik nanti kecil hati pula, katanya tangan saya sejuk untuk menanam pokok. Maknanya serasi menjadi. Kerana tidak ada ruang jadi saya letak sahaja di tepi rumah. Rupanya dia tumbuh juga berasak dengan pokok jambu dan pokok pinang. Allah beri rezeki tak kan hendak ditebang pula. ........Jadi saya biarkan sahaja....Lama-lama pokok tersebut berbuah. Sudah dua kali tebang pokok pisang tersebut. Sebelum saya sedar buahnya masak..Menjadi rezeki burung...Satu tandan bukan habis nak makan..Menjadi rezeki jiran dan kawan pula.

Ah!...jauh menyimpang dari cerita pasal siput...Ada siput tanah subur.

Pasal siput babi ini...Mak saya pernah bercerita. Pada zaman Perang Jepun menyerang Tanah Melayu. Tentera Jepun masak siput babi untuk dijadikan makanan kerana ketiadaan makanan di kampong tetapi mati kerana keracunan.

Masa zaman kanak-kanak, orang kata kalau hendak mengelakkan siput babi memakan pokok tanaman, taburkan garam keliling pokok tersebut...Jadi saya buatlah dahulu.  Berkesan atau pun tidak..Ah! Lupa pula....

Kalau anda ada pengetahuan tentang siput babi...Mari kita berkongsi tentangnya.

 http://Petuapaje.blogspot.com

No comments:

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...