uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Khamis, 29 Mac 2012

Bakul Mengkuang

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......
Bakul ini saya beli dengan harga
RM 1.00 di Institut Kraf Negara Hutan Kampong Kedah. Masa itu ada jualan ..Dulu...Dah lama.

Saya memang minat dengan barangan kraftangan. Sekarang ini ada kanibal jualan barang kraf di Kuala Lumpur..Mengeletik nak pergi..

Masa zaman kanak-kanak pernaklah juga siap menganyam sebidang tikar mengkuang. Adalah selebar 1.5m x 1m, itu pun lengoh menyiapkannya...Duduk menganyam dengan dua belah tangan dan menggunakan kaki untuk menahan anyaman...


Jiran saya tu orang lama..Dah tak larat nak buat kerja lain jadi menganyamlah kerjanya. Sayu pun tumpang sekaki...Ingat juga sikit-sikit macam mana hendak memproses daun mengkuang untuk dijadikan tikar.

Mula-mula ambil daun mengkuang dari pokok dan buangkan durinya. Lepas itu belah daun mengkuang menggunakan pemotong yang berbentuk macam sikat supaya daun mengkuang tersebut terbelah sama rata. 

Kemudian rendam daun tersebut di dalam air selama 2 hari. Hari ketiga merendam daun tersebut dengan kesumba mengikut warna yang disukai seperti warna hijau, merah, unggu dan lain-lain warna. Anggaran pewarna sudah meresap, jemur di atas ampaian. Bila sudah kering, daun tersebut perlu dilurut supaya ia lurus dan rata untuk menganyam.

Kerja-kerja begini masih tidak lagi mendapat tempat dihati anak-anak muda sekarang....

 http://Petuapaje.blogspot.com

Tiada ulasan:

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...