uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Wednesday 30 November 2011

Urus Emosi Bentuk Interaksi Hasilkan Suasana Kondusif

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Setiap orang mempunyai emosi atau perasaan dan ia adalah merupakan suatu anugerah yang tidak ternilai dari Maha Pencipta Allah s.w.t. Semua orang tahu tentang emosi. Rasa sedih, seronok, gembira, marah, meluat, suka, benci dan sebagainya. Emosi-emosi tersebut ada yang negatif dan ada yang positif. Sebagai individu yang berfikiran waras sudah tentu dapat membezakan yang manakah emosi positif dan yang mana pula emosi negatif. Jika emosi tersebut positif, sudah tentu mendatangkan kesan positif kepada empunya diri, bahkan kepada orang-orang yang berada disekelilingnya. Kita hidup bermasyrakat sudah tentu ada orang-orang yang berada disekeliling kita.
Emosi merupakan asas kepada motivasi diri terhadap tingkah laku yang dijelmakan selepas itu. Contohnya perasaan cinta, kasih dan  sayang. Bila seseorang itu mempunyai perasaan tersebut, tingkah laku yang dijelmakan ialah sanggup berkorban apa sahaja. "Onak dan duri sanggup ku redahi, lautan api sangup ku renangi" Wah! Hebat bunyinya. Benarkah begitu ? Bila tiba kesusahan, kesengsaraan, kepayahan dan berbagai-bagai lagi cabaran. Bagai mana pula emosi seseorang? Ya, emosi manusia boleh berubah-ubah dalam sekelip mata.

Kadang-kadang seseorang itu menjelmakan emosi melalui tingkah laku yang sesuai, tidak sesuai dan ada juga menunjukkan tingkah laku yang keterlaluan. Adalah menjadi tanggungjawab sendiri dan hasil dari kesedaran diri sendiri untu memotivasikan kecerdasan emosi menjadi lebih positif. Mengapa saya katakan begini adalah kerana cetusan emosi adalah merupakan sebahagian dari produk diri seseorang. Senyum, kemesraan, mengembirakan dan sikap memuji-muji orang lain adalah di antara ciri-ciri yang boleh mewujudkan suasana keharmonian dan kebahagiaan. Sudah pastinya tingkah laku begini adalah diterima dan disenangi oleh orang lain.

Kita perlu mempunyai kesedaran diri terhadap emosi kita baharulah kita boleh merancang dan mengurus emosi kita. Bunyinya macam pelik tapi itulah hakikatnya. Oleh kerana kita hari ini hidup dengan penuh cabaran maka kita perlulah mempunyai ketahanan emosi untuk tidak goyah mencapai sesuatu matlamat kehidupan.

Saya tidak menafikan kadang-kadang kita berperang dalam diri kita sendiri untuk membuat sesuatu keputusan kearah keputusan yang lebih baik. Pemikiran kita mengarahkan suatu tindakan ke arah kebaikkan tetapi emosi kita mengarahkan  kepada tindakan yang kurang baik. Sebelum membuat sesuatu keputusan perlulah memikirkan berkali-kali supaya tidak tersalah langkah. Setelah dapat keputusan yang positif kita perlulah tegas membuat keputusan dengan mengambil kira juga sensitivi dan empati  kepada perasaan orang lain. Tegas membuat keputusan terhadap diri sendiri untuk mengubah emosi dan tingkah laku yang akan kita jelmakan.

Hanya orang yang mempunyai kecerdasan emosi yang positif, bermotivasi tinggi, mampu dan berkebolehan untuk mempengaruhi orang lain. Mempunyai sifat berkeyakinan, cermat dan mempunyai keikhlasan untuk menjalin satu perhubungan. Pertimbangan terbaik untuk dijelmakan dalam tingkah laku hasilkan suasan terkawal dan tidak merosakkan. Dorongan emosi yang baik juga membentuk interaksi yang merupakan teras kepada emosi. Pengalaman emosi juga sebenarnya adalah hasil dari interaksi yang baik dan hasilkan suasana kondusif. Dari sini baharulah kita merasa kepuasan hidup dan merasa sebahagian dari kebahagian.

No comments:

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...