uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Friday 18 November 2011

Buat Model Bangunan Perlu Tekun Dan Sabar Supaya Hasil Kerja Berkualiti

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1(one) malaysia serta salam seluruh dunia...

Dinding menggunakan mounting board dan bumbung menggunakan corrugated board.  Bentuk bumbung dihasilkan menggunakan pembinaan kaedah pembentangan bentuk terlebih dahulu.



Menggunakan kraf kaca untuk menampakkan elemen air.
Kubah seperti mesjid boleh menggunakan bahan kayu balsa yang dilekatkan pada kerangka dahulu. Penyambungan kemudian dilicinkan dan dicat menggunakan cat emas.
Langkah permulaan ialah menyediakan tapak model bangunan mengikut pelan tapak  cadangan bangunan yang dicadangkan. Kebiasaannya menggunakan skala 1:100 atau 1:50 untuk menapatkan model skala lebih besar.
Elemen tambahan seperti pokok boleh disediakan dengan menggunakan bahan  span  yang diwarnakan  warna hijau  dan menggunakan dawai sebagai batang dan ranting pokok. Bahan lain juga boleh digunakan mengikut kreativiti pereka.

Langkah seterusnya ialah menyediakan model bangunan menggunakan pelan bangunan yang dicadangkan

Potong pelan bangunan hingga ke sisi longkang dan lekatkan di atas mounting  board.
Ratakan dan kemaskan garisan potongan menggunakan mesin 
Potong juga bahagian dinding bangunan mengikut pandangan hadapan, kiri, kanan,belakang dan dinding bilik-bilik bahagian dalam bangunan.
Cantumkan bahagian dinding-dinding tersebut menggunakan gam  u-hu. Penggunaan gam hendaklah  dikawal supaya tidak selekeh dan berlebihan.
Penyambungan dinding hendahlak kemas menggunakan penyambungan  temu atau tindih
Akhir sekali letakkan model bangunan di atas tapak bangunan yang telah disediakan.

Elemen tambahan seperti pokok, orang dan kenderaan disusun atur seperti rekabentuk cadangan.
http://Petuapaje.blogspot.com

No comments:

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...