uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Tuesday 15 November 2011

Perbelanjaan Strategi Pemasaran Penjualan Rumah

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Beberapa strategy pemasaran boleh dilaksanakan untuk melariskan penjualan rumah. Di antara strategi tersebut adalah seperti mengedarkan brosur, menyertai ekspo-ekspo, pameran, pengiklanan di akhbar dan terkini boleh menyiarkannya di laman web.
Yang menjadi persoalannya ialah berapakah kos yang diperlukan untuk  melaksanakan pemasaran tersebut. Beberapa kajian perlulah dilakukan untuk mengkaji kos bagi setiap strategy pemasaran tersebut. Berikut adalah beberapa contoh pengiraan kos yang diperlukan untuk pemasaran tersebut:

1.         Mengedarkan Brosur
Pemasaran melalui edaran brosur boleh dijalankan samada melalui pejabat ke pejabat iaitu dengan memasukkan brosur tersebut ke dalam peti surat atau dengan menyelitkannya ke dalam akhbar – akhbar tempatan yang diedarkan. Brosur juga akan diedarkan sewaktu menyertai mana – mana ekspo pelancongan yang dianjurkan oleh kerajaan negeri dan Kementerian Pelancongan.

Jumlah perbelanjaan untuk menyediakan brosur :
=          5,000 keping x RM 2.00 x 25% (kos pengurusan)
=          RM 12,500.00


2.            Menyertai ekspo – ekspo dan pameran pelancongan
Pihak pemaju akan menyertai mana – mana ekspo dan pemeran pelancongan yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri , Kementerian Pelancongan dan badan berkanun yang berkaitan. Contohnya, di dalam program ”JOM HEBOH” anjuran TV3.

Model bangunan akan disediakan untuk memberikan gambaran yang lebih jelas tentang keadaan bangunan dan sekitarnya.

Kos Model Bangunan  
Kos Model Bangunan                     :           RM 2,500.00
Bahan pameran                               :           RM 1,000.00
Lain – lain                                         :           RM 1,000.00
           
Jumlah Kos Model Bangunan      :           RM 4,500.00


3.         Pengiklanan Dalam Surat Khabar

1) Berita Harian & New Strait Times

Menggunakan warna penuh untuk akhbar
ruang penuh termasuk cukai kerajaan 5% = RM 4,200
RM 4.200 x 12 bulan = RM50,400.00


4.         Menyediakan Laman Web

Sesiapa sahaja boleh melawati laman web Syarikat . Di antara kandungan yang terdapat di dalam laman web adalah seperti berikut:-

         Maklumat Syarikat
         Struktur Organisasi
         Pengalaman Syarikat
        Perkhidmatan ‘Bunkering’ yang mengandungi laman tempahan, harga, belian dan lain – lain.
   Maklumat tentang projek yang mengandungi maklumat projek, carta organisasi, gambar kemajuan dan lain – lain.
         Link dengan Jabatan – jabatan yang terlibat seperti Jabatan Laut, Jabatan Imigresen, Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna, Jabatan Kastam dan lain – lain.
         Anggaran Kos Penyediaan laman web = RM5,000.00


Kos Keseluruhan Strategi Pemasaran

Jumlah Anggaran Promosi dan Pengiklanan
RM   50,400.00         ( Pengiklanan Di Berita Harian & New Strait Times )
RM   12,500.00         ( Pengiklanan Melalui Brosur )
RM    4,500.00          ( Ekspo dan PameranPelancongan)
RM    5,000.00          ( Menyediakan laman web )
RM 71, 400.00          (JUMLAH KOS KESELURUHAN)

No comments:

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...