uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Saturday 12 November 2011

Pengurusan Projek Pembinaan

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Pengurusan projek secara professional dan efisien adalah sangat diharapkan. Kumpulan pembinaan yang penyumbang kepada proses pembinaan perlu meningkatkan kebolehan mengurus dari masa kesemasa seiring dengan pembangunan fizikal.
The Chartered Institut Of Building (CIOB) United Kingdom (1982:12:1992:3), dan Greenwood (1987/1988) menakrifkan “Pengurusan Projek” adalah suatu proses keseluruhan perancangan, kawalan dan koordinasi sesuatu projek dari awal hingga akhir bertujuan memenuhi kehendak klien dan memastikan projek disiapkan pada masa dan kos yang dibenarkan serta memenuhi piawaian kualiti.
Walker (1984:5) pula menakrifkan “pengurusan Projek” dengan lebih terperinci dengan memasukkan skop dan konsepnya, iaitu  perancangan, kawalan dan koordinasi sesuatu projek daripada konsep sehingga penyiapannya (termasuk pengkomisenan) bagi pihak sesuatu klien. Ia menekankan penentuan objektif  klien berkaitan dengan utiliti, fungsi, mutu, masa, kos dan mewujudkan hubungan di antara sumber-sumber. Mengintegrasi, menyelia dan mengawal semua pihak yang menyumbang projek serta output-output mereka, dan penilaian dan pemilihan alternatif-alternatif  bagi memenuhi kepuasan klien dengan projek yang dihasilkan merupakan aspek utama pengurusan projek pembinaan.
Sidwell (1977) memberi takrif pengurusan projek dengan merumuskan yang ia merupakan perancangan, pengarahan, koordinasian dan maklum balas yang perlu bagi melaksanakan sesuatu projek dengan mematuhi taraf kualiti dan kefungsian yang dikehendaki dan dalam tempoh masa dan struktur kos yang dipersetujui.
Maevis (1977) pula meringkaskan takrif pengurusan pembinaan adalah
suatu proses mengintegrasikan perancangan, rekabentuk, dan pembinaan bagi memenuhi keperluan asas seseorang pemilih.
Oberlender (1993:7) menakrifkan pengurusan projek sebagai seni dan sains dalam menyelaraskan manusia, peralatan, bahan-bahan, wang, dan jadual untuk menyiapkan sesuatu projek yang dinyatakan pada masanya dan mengikut kos yang diluluskan.
Berdasarkan takrifan-takrifan dan konsep-konsep pengurusan projek di atas juga maka dapat dilihat 
bahawa aktiviti perancangan, pelaksanaan dan pengawalan kearah memenuhi kehendak klien dengan mengambil kira masa, kos dan kualiti yang telah ditentukan menjadi seperti suatu kitaran pengurusan projek.

No comments:

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...