uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Sunday 20 November 2011

Gaya Hidup Sihat

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf

Assalamualaikum....Lama sudah tidak membicarakan tentang kesihatan. Mari bincangkannya kembali...
Kunci untuk kehidupan yang sihat adalah:
      1.      Makan secara sihat
      2.      Lakukan aktiviti fizikal
      3.      Tidak merokok
      4.      Belajar menangani stress

Mengapa perlu makan secara sihat? Kepentingannya adalah kepada tubuh:
      1.      Membekalkan keperluan nutrient dan tenaga dari protein, lemak, karbohidrat, vitamin, mineral dan air.Nutrien dari makanan mempengaruhi fungsi dan kesejahteraan mental. Otak berfungsi dengan menggunakan sumber-sumber protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral
       
      2.      Mencegah dan merawat keadaan kekurangan zat makanan. Pemakanan seimbang juga boleh mencegah dan merawat obesity dan penyakit yang berkait dengannya seperti penyakit jantung, hipertensi, gout, kanser, diabetes dan osteoporosis

Keperluan harian kalori untuk dewasa
Lelaki                   2500 kalori
Perempuan           2000 kalori
Kanak-kanak        1500 kalori

Makan secara sihat
Tidak ada satu jenis makanan pun yang dapat membekalkan semua nutrient yang kita perlukan. Oleh itu nikmatilah pelbagai jenis makanan. Namun makanlah secara sederhana dan waktu yang teratur.
SARANAN SAJIAN MAKANAN



Kumpulan makanan
1500 kcal
2000 kcal
2500 kcal
Nasi, mi, roti, bijirin dan produk bijirin serta ubi-ubian
4
6
8
Sayur-sayuran
3
3
3
Buah-buahan
2
2
2
Ikan
1
1
1
Ayam, daging, telor
½
1
1
Kekacang
½
1
1
Susu
1
2
3
Ok..hingga setakat ini..kita akan bincangkan dilain post..apa-apa pertanyaan boleh nyatakan dalam komen...bye-bye...

No comments:

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...