uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Friday 18 November 2011

100 Touch Points

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Taklimat Belanjawan 2012
Tempat: Dewan Rakyat, Bandar Muazzam Anak Bukit, Kedah
Tarikh: 17 November 2011
Penganjur: Kementerian Kewangan
Isikandungan taklimat:
1. Prestasi ekonomi Malaysia dibandingkan di dalam dan di luar  negara
2. Anggaran Belanjawan 2012
3. Belanjawan 2012
4. Faedah yang diperolehi rakyat

Delegasi jemputan dari Institut Kemahiran MARA Alor Setar
Terdapat 100 tajuk penting yang dibicarakan namun hanya beberapa tajuk sahaja yang menjadi hangat dibincangkan. Antaranya ialah:

1. Pinjaman TEKUN - peminjam marah kerana kadar faedah yang dikenakan adalah tinggi iaitu 10%. Kenyataan ini benar-benar mengejutkan para delegasi yang hadir. Samada perkara ini benar atau pun tidak, akan disiasat.

2.Kedai Rakyat 1Malaysia (KRIM)-harga sehingga 40% lebih rendah dari harga di kedai lain. Delegasi bertanyakan di mana ada KRIM ini. Kerajaan hanya mewar-warkan KRIM tetapi dimanakah lokasinya tidak tahu.Pertikaian juga berkisar kepada kualiti barangan keperluan harian pengguna tersebut adakah benar-benar berkualiti.

3. Skim rumah pertamaku - Bagaimana boleh ditingkatkan haraga rumah tersebut dari RM220 ribu kepada RM 400 ribu. Ini membuatkan pemaju sengaja meningkatkan harga rumah. Persoalannya berapakah ramai pembeli yang mampu membeli rumah dengan kadar harga RM 400 ribu tersebut. Sedangkan dengan harga RM 200 ribu pun, pembeli terpaksa melangsaikan hutang bank sebanyak anggaran RM 2 ribu sebulan. Bagi Penjawat Awam yang baharu bekerja jika telah berumah tangga katakanlah pendapatan isi rumah adalah lebih kurang RM 4 ribu. Jika tolak hutang bank bermakna tinggal lebih kurang RM2 ribu. Bermastautin di Kuala Lumpur dengan kos kehidupan yang tinggi. Ini memungkinkan penjawat awam tersebut berada dalam keadaan kesuasahan berat kerana berhutang.

4. Pembangunan infrastruktur asas luar bandar - delegasi meminta Kementerian Kewangan melihat sendiri kedudukan lokasi tertentu supaya tidak terlepas pandang kedudukan jalanraya yang sepatutnya dinaik taraf.

5. Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan RM 3,00 dan ke bawah - Delegasi bertanyakan adakah kerajaan benar-benar ikhlas hendak bagi ataupun ada ajenda disebaliknya. Wakil dari Kementerian Kewangan tersebut meminta rakyat yang terlibat mengisis borang di Lembaga Hasil Dalam Negeri. Sumbangan akan disalurkan pada awal bulan Januari 2012.

Kementerian juga menyarankan para hadirin membantu orang-orang kampung untuk mengisi borang tersebut dan mengwar-warkan isue ini. Anda semua...apa lagi yang anda tunggu. Bantu lah saudara mara orang kampung kita untuk mengisi borang tersebut....

No comments:

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...