uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Sunday 13 November 2011

Strawberry, Bunga, Sayur Dan Ladang Teh Cameron Highland

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf

Memang seronok kalau musim cuti sekolah ke sana bersama anak-anak. Kita boleh lihat bunga berwarna-warni....Pendek kata rumput pinggir jalan pun mengeluarkan bunga yang cantek. Pokok kektus juga tumbuh subur dan terdapat macam-macam varitis. Sungguh cantek pemandangan di sana.

Kita boleh melawat ladang teh Boh, ladang lebah dan ladang strawberi yang ditanam menggunakan kaedah hidrophonik. Cameron Highland juga adalah terkenal dengan pengeluaran hasil sayuran dan terdapat juga taman rama-rama.





Suhu di Cameron Highland ini boleh mencecah 16 Darjah Celcius pada masa tertentu. Tapi ramai yang mengatakan suhu Cameron Highland dah tidak sejuk macam dahulu. Ya la...dahulu pergi bulan berapa. Kali ini pergi bulan berapa. Yang sebenarnya ada masa tertentu sejuk, ada masa tertentu tidaklah sejuk sangat. Pada bulan November hingga Februari ini adalah musim hujan. Jadi bulan Februari boleh lah kalau hendak kesana kerana waktu itu cuaca sangat sejuk...Berakhir bulan Februari sehinggalah bulan April cuaca agak panas sedikit

Kalau hendak bermalam lebih baik di Berincang kerana di situ banyak hotel dan kedai makan. Setiap petang sabtu ada pasar malam dimana sayuran, bunga, buah-buahan dan cenderahati banyak dijual.


No comments:

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...