uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Sunday, 1 April 2012

Kecerdasan Rohani Mendorong Tindakan Positif Berlandaskan Islam

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Kecerdasan rohani SQ spiritual Quotient dididifinasikan sebagai keutuhan sistem kepercayaan mengenai kewujudan sistem pahala dan dosa serta kepentingannya dalam menjalani kehidupan seharian. Ia adalah merujuk kepada sejauh mana seseorang itu menilai sesuatu perkara dari segi rohani dan mahir menggunakan kaedah-kaedah menyuburkan rohani.

Kita sebagai umat Islan hendaklah beriman dan mengamalkan  Rukun Islam dan Rukun Iman. Mengamalkan penyelesaian dan menguruskan masaalah yang membuatkan kita tertekan menggunakan kaedah-kaedah ibadah atau rohani. Mengamalkan cara hidup dan amalan yang berlandaskan cara Islam.

Kecerdasan rohani ini membantu indidvidu merasa lebih tenang dalam hidup dan tidak hanya bergantung kepada soal kehidupan dunia tetapi juga akhirat. Mengamalkan konsep syukur, redha, usaha dan tawakal membuatkan kita lebih bahagia, tenang, aman dan tenteram.

Individu yang mempunyai kecerdasan rohani yang tinggi biasanya lebih beretika dan amanah apatah lagi seseorang itu adalah ketua atau pemimpin kepada orang bawahannya. Beretika dan amanah bukan sahaja dalam tugas harian sebagai seorang pekerja tetapi beretika dan amanah dalam mengendalikan dirinya yang berkait dengan sikap, perangai dan tingkahlakunya di luar waktu bekerja.

Kita akui ramai yang cekap mengendalikan tugas atau kerja dengan baik, jujur dan amanah untuk mendapatkan pulangan gaji tetapi ramai yang gagal mengendalikan diriya untuk bertindak positif dan jujur seperti yang dikehendaki mengikut ajaran Islam.

Hanya orang yang jujur dengan tugas dan jujur dengan dirinya berlandaskan cara Islam akan lebih dihormati rakan perjuangan dan masyarakat. Bagi mereka yang tidak dapat mengendalikan dirinya secara baik mengikut landasan Islam, rendah kecerdasan rohani, hanya dihormati dihadapan mata sedangkan dibelakang dikutuk dan dicerca.

Kepimpinan melalui tauladan bukan sahaja dalam kerja tetapi merujuk juga kepada tingkahlaku dalam mengendalikan semua aspek kehidupan.

Cuba anda tanya dan beri komen anda. Adakah anda dapat menghormati seseorang dengan sebenar-benarnya jika ia hanya cemerlang dalam pekerjaan sedangkan tidak cemerlang dalam hal-hal peribadi?

http://Petuapaje.blogspot.com

No comments:

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...