uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Thursday 2 February 2012

Ingin Berkenalan Dengan Blogger Dari Bandaraya Alor Setar

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum dan salam sejahtera.......

Saya mula berblogging secara serious pada akhir bulan September 2011. Ini maknanya baharulah lebih kurang 4 bulan. Masa yang saya peruntukkan untuk menjenguk blog saya sendiri tidak lah lama dalam sesuatu hari. Adalah lebih kurang 2 jam itu pun pada sebelah malam. Terkadang-kadang tidak ada mood untuk berblogging pun ada juga. Ada ketikanya saya hanya buat draf banyak-banyak. Bila ada masa bahurulah saya publishkan satu persatu pada setiap hari.

Kalau sekiranya saya tidak update saya punya blog itu tandanya saya berada di luar kawasan. Contohnya pergi berkursus atau menghadiri sesuatu program. Bila berada di luar kawasan saya tidak berblogging kerana ingin mengambil kesempatan untuk betul-betul berehat dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada program yang saya hadiri.

Memandangkan masa yang terhad untuk saya berblogging, saya memerlukan masa yang cepat untuk melakukan sesuatu dalam saya berblogging. Jadi sekiranya saya ada rakan blogger yang berhampiran dengan saya, bolehlah saya meminta sedikit pandangan dari mereka. Al-maklum sahaja lah saya ini bukan pandai sangat dalam hal-hal penggunaan komputer.

Persoalannya ada ke blogger yang hendak berkenalan dengan saya? Saya hendak berkenalan bukan apa. Cuma ingin meminta pandangan secara sembang secara berdepan. Adalah juga masalah yang saya cuba buat tapi tidak menjadi-jadi. Kadang-kadang benda-benda yang hendak dibuat itu benda yang senang sahaja. Oleh kerana pengetahuan berkenaan penggunaan komputer kurang menyebabkan saya begitu lambat untuk melakukan sesuatu dalam berblogging.

Kalau ada yang sudi menyerah diri, dipersilakanlah.....please help me! huk! huk! huk!


 http://Petuapaje.blogspot.com

No comments:

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...