uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Thursday 9 February 2012

Rekabentuk Model Jambatan Mengikut Keperluan Kekuatan Struktur dan Senibina

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Tujuan sesuatu struktur pembinaan dibina adalah supaya dapat menanggung beban yang ditanggungnya dan seterusnya mengagihkannya pula kepada bahagian-bahagian struktur lain yang lebih selamat sehinggalah ke lapisan tanah yang kuat.

Rekabentuk struktur merupakan satu bidang gabungan antara seni dan sains yang meliputi pelbagai aspek seperti kos, kegunaan, kemudahan, kecantikan, kualiti dan lain-lain.




Membina jambatan dari ranting-ranting kayu, biarpun hanya model...tetapi akan diuji kekuatan jambatan tersebut, perlulah rekabentuknya mengambil kira beberapa faktor.







Di antara faktor-faktor tersebut ialah jenis ranting pokok yang digunakan, susunatur geometri struktur, susun atur perembat, ketinggian tiang, kelebaran dan kepanjangan jambatan itu sendiri.







Rekabentuk begini menyebabkan ujian beban tidak dapat dilaksanakan







Secara realitinya sesebuah jambatan itu dibina fungsinya adalah sebagai penghubung jalan.


Namun keujudan sesuatu jambatan yang merentasi sesebuah sungai itu akan  mempengaruhi lanskap persekitarannya. 






Sedang menguji kekuatan struktur jambatan

Oleh itu rekabentuknya perlulah juga mengambil kira nilai estatika senibina

Sebagai kumpulan pereka, jangan pula terlupa bagaimanakah ujian kekuatan dan dimanakah bahan ujian kekuatan akan diletakkan. 





Struktur haruslah juga direkabentuk supaya berada dalam keadaan seimbang sepanjang masa semasa tidak menerima beban atau semasa bebanan diletakkan di atasnya







Sebagai sebuah model jambatan yang akan diuji kekuatannya, pereka juga perlu memikirkan dimanakah kedudukan perletakkan bahan ujian tersebut.






http://Petuapaje.blogspot.com

No comments:

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...