uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Wednesday 22 February 2012

Keperluan Rekabentuk Bangunan Menjamin Kebahagiaan Rumahtangga

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia dan seluruh dunia....... 

Esok saya akan mengadakan lawatan sambil belajar bersama pelajar program senibina seperti butiran berikut:
Tempat:                Jabatan Akitek Majlis Bandaraya Alor Setar 
Tarikh:                  23hb Februari 2012 (Khamis)
Masa:                   9.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Bilangan Pelajar:   15 orang 

Tujuan lawatan/perbincangan:
1. Syarat-syarat mengemukakan pelan bangunan untuk kelulusan 
2. Piawai warna yang digunakan untuk mewarna pelan untuk kelulusan 
3. Kehendak rekabentuk bangunan dari segi ruang kawasan, cahaya dan pengudaraan merujuk kepada
Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 – Undang-Undang Malaysia 
4. Meminta pelan lokasi dan pelan tapak untuk rekabentuk surau di kawasan tapak cadangan membina surau di Taman Cemara Jalan Kilang Tebu Alor Setar Kedah 

Sebagai pelajar-pelajar yang akan mengadakan lawatan tersebut perlulah menjaga tatasusila, etika berpakaian ke pejabat dan menghormati sesama pelajar dan kakitangan tuan rumah. 

Pelajar-pelajar dikehendaki berbincang berkaitan tujuan lawatan, perbezaan yang diamalkan di Majlis bandaraya Alor Setar dibandingkan dengan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 dan dibandingakan juga amalan yang diamalkan di Majlis Bandaraya lain. 

Semuga lawatan tersebut memberi menaafat kepada pelajar untuk melaksanakan projek rekabentuk bangunan.

Sebagai orang awam yang tidak terlibat dengan kerja-kerja senibina, mereka juga perlu sedikit ilmu pengetahuan berkaitan dengan keperluan merekabentuk bangunan terutamanya rumah kediaman jika mereka mempunyai tapak rumah sendiri. Di dalam Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 tersebut ada menyatakan keperluan rekabentuk bangunan dari segi ruang kawasan, pencahayaan dan pengudaraan.

Dalam undang-undang tersebut ada menyatakan berapakah kelegaan ruang kawasan kesempadan tanah kita samada anjakkan ke hadapan, ke tepi dan ke belakang. Dalam undang-undang tersebut juga menyatakan berapa peratuskah keluasan bukaan untuk pencahayaan dan pengudaraan secara semulajadi dibandingkan dengan keluasan lantai bagi setiap ruang (bilik).

Undang-undang ini perlu diketahui dan diikuti demi menjaga kepentingan awan berkaitan dengan persempadanan dengan kejiranan supaya tidak timbul pertikaian hak kejiranan dimasa akan datang. Undang-undang ini juga menjaga kepentingan dari segi kesihatan dan kesejahteraan penghuni bagi sesebuah bangunan. 

Bukankah di antara punca-punca kebahagian sesebuah keluarga itu terletak kepada keselesaan rumah yang didiaminya dan berjiran dengan jiran-jiran yang baik?

 http://Petuapaje.blogspot.com

No comments:

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...