uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Friday 3 February 2012

Program Mentoring Pegawai-Pegawai MARA Memberi Nilai Tambah Terhadap Perkhidmatan

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum dan salam sejahtera.......

Semasa mengadakan Program Achitecture Day pada 25hb. hingga 26hb. Januari 2012 di Bendang Man Resort, saya telah menerima panggilan untuk menghadiri program di Kuala Lumpur. Dalam hati...alamak...penat tidak habis lagi sudah kena ke Kuala Lumpur pula untuk menghadiri program. Program tersebut telah berlangsung dari 29hb. hingga 31hb. Januari.

Program yang saya hadiri adalah berkaitan dengan mentoring guru. Di antara isi kandungan program tersebut ialah berkaitan dengan pengenalan kepada program mentoring, asas-asas kaunseling, pengajaran dan pembelajaran dengan pendekatan pemikiran kriatif, kritis dan program intervensi di institusi latihan. Secara terperinci isikandungan program tersebut akan saya ceritakan di lain entri.....
Pegawai Mara yang berada di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur kelihatan tidak keletihan kerana tidak ada gangguan keletihan yang disebabkan perjalanan jauh menaiki kenderaan. Bagi Pegawai yang berkursus di luar kawasan sudah tentu merasa keletihan kerana kepenatan dalam perjalanan yang mengambil masa beberapa jam. Apa tah lagi untuk menyesuaikan tempat tidur baru, suasana lain seperti di "rumah ku syurga ku"....bantal lain, katil lain, suhu bilik berubah, disogokkan makan minum sebanyak 6 kali dalam satu hari satu malam. 
Lepas itu kena duduk diam-diam untuk mendengar penerangan di mana kebanyakkannya hanya berlaku komunikasi satu hala. Dua tiga hari tanpa melakukan senaman yang mengeluarkan peluh sudah tentu kondisi tubuh badan semakin lemah....
Suasana cerialah sikit apabila sesi ucaptama YBHG. Datuk Ibrahim...atau lebih dikenali Pak Him...yang diselang-selikan dengan gurau senda kutuk-mengutuk...di anatara garau sendanya ialah mengutuk orang yang badanya dah besar pintu pun masih hegeh nak makan nasi banyak lagi...Ya tak ia juga...Makanlah ikut keperluan tubuh badan....

Saya sangat setuju tentang cadangan ubah suai menu makanan di asrama...Pak Him cadangkan pelajar-pelajar diberi menu ala Western Food. Saya setuju sangat! Anak-anak sekarang sudah berubah trend pemakanannya. Mereka hendak makan nasi satu hari sekali sahaja. Sebelah malam anak-anak hendak makan diselang-seli chicken chop, fish n chips, burger, hotdog, pizza, steak, satay, lontong, soto, ha ha ha apa lagi.....ha...ketupat dan rendang, roti dan sup, lasagna, pasta dan macam-macam lagi. Tanyalah pelajar....mereka akan sokong 100%. Duit ibubapa pun selamat sedikit kerana selama ini sebagai ibubapa terpaksa memberi tambahan wang saku untuk anak-anak membeli makanan yang diidamkannya...
Secara keseluruhannya..peserta program memberi sepenuh tumpuan terhadap penjelasan sesuatu isue....kerana berpegang kepada etika pendidik....berkhidmat kerana agama, bangsa dan negara...
Manis maniskan senyuman...kurangkan gula dalam makanan....
Sepanjang program berjalan....disediakan gula-gula untuk menghilangkan mengantuk...Persoalannya adakah mengantuk hilang! Macam anak-anak kecil....sudah mengantuk diberi puting kosong....Orang dewasa kalau sudah mengantuk diberi gula-gula manis...makin segar atau semakin mengantuk! Ha ha ha....
Ambil masa untuk posing....
 Pegawai....merenung masa hadapan anak bangsa....bakal peneraju negara.....
Take five.....seketika....
Penceramah menyampaikan buah fikirannya dengan penuh didikasi dan berhemah....
Terima kasih Syazwani...kerana beri saya extra bantal untuk dipeluk...rindu kamu...

Kalau ada sumur diladang,
Boleh kita menumpang mandi,
Kalau ada umur panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.

Berpantunlah pula...jawap! Siapa nak jawap!....


 http://Petuapaje.blogspot.com

No comments:

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...