uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Thursday 16 February 2012

Motif Batik Keratan Pelapah Daun Pisang

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum dan salam sejahtera.......
Sesekali seronok juga bila kita mengimbas kenangan silam berkaitan dengan kerja seni kita semasa zaman sekolah rendah dahulu. 

Seronok bermain dengan pewarna, berus dan bahan lain. Bila keesokkan harinya ada pendidikan seni, hari sebelumnya cikgu sudah berpesan supaya anak-anak murid membawa bahan sampingan untuk menghasilkan seni kerja tangan. 

Salah satu bahan tersebut ialah pelepah daun pisang......

Semasa pendidikan seni tersebut....kita pun kerat-kerat menyerong pelepah daun pisang tersebut. Lepas itu kita warnakan keratan pelepah daun pisang tersebut dan tekapkan di atas kertas...

Macam-macam susun atur motif pelepah tersebut kita buat...Kita berasa sangat seronok dan puas melihat hasil kerja tangan kita sendiri....

Beberapa tahun lepas saya ajak anak-anak saya merasai keseronokkan tersebut kerana merasakan aktiviti tersebut sudah tidak diadakan di sekolah-sekolah lagi.



Beberapa hari lepas, bila mengemas buku, terjumpa pula hasil kerja tangan tersebut yang saya buat bersama anak-anak dahulu....

Kalau kita susun atur motif tersebut dalam susunan membulat, kemudian kita laminate. Sudah tentu cantek dijadikan alas gelas dan pinggan di atas meja makan kita..

Aktiviti sebegini baik dilakukan untuk mengisi lapang bersama keluarga untuk mengeratkan perhubungan 
kekeluargaan....
http://Petuapaje.blogspot.com

No comments:

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...