uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Tuesday 8 May 2012

Karnival Kerjaya & Keusahawanan UUM 2012/Pelancaran Gerakan Pengguna Siswa Peringkat Negeri Kedah

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

40 orang ahli Gerakan Pengguna Siswa Institut Kemahiran MARA Alor Setar telah menghadiri Karnival Kerjaya & Keusahawanan 2012 di Universiti Utara Malaysia yang bertemakan Transformasi
Kerja 1Malaysia. 40 firma terlibat menjayakan karnival tersebut.

Di antara ajenda karnival tersebut ialah Perasmian Karnival Kerjaya & Keusahawanan, Pelancaran Menu Rakyat 1Malaysia(MR1M) dan Pelancaran Gerakan Pengguna Siswa Peringkat Negeri Kedah yang telah dilancarkan oleh Yang Berhormat Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Artis Dafi AF anak kepada Yang Berhormat Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob juga turut serta menjayakan majlis tersebut dengan menyanyikan beberapa buah lagu semasa penutup Majlis Pelancaran Gerakan Pengguna Siswa Peringkat Negeri Kedah tersebut.

Karnival Kerjaya & Keusahawanan UUM 2012 tersebut berlangsung dari 7hb. Mei, 2012 hingga 9hb. Mei, 2012.

 http://Petuapaje.blogspot.com

No comments:

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...