uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Sunday, 27 May 2012

Resipi Ladu Hindustan

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Resipi ini kawan saya Hardip Singh beri. Terima kasih Deep beri resipi ini.

Semasa Perayaan Deepavali saya berkunjung ke rumahnya di Kulim Kedah dan rasa ladu ini. Sangat sedap. Dah makan satu nak dua...makan banyak juga...Resipi ini dah hampir 10 tahun tersimpan. Semalam saya cuba buat kali ke-2...dah tinggal sikit pun...Cuti sekolah...Restoran di dapur perlu stok makanan dalam kuantiti yang banyak.

Kalau tengok cerita Hindustan tertanya-tanya juga...apa itu ladu dan macam mana rasanya...Nak tahu cuba buat..

2.50 cawan tepong
2.00 sudu minyak sapi
1.00 sudu kecil baking powder
1.50 cawan susu tepong
3 cawan gula pasir untuk buat sirap pekat
Minyak masak untuk mengoreng
Air sedikit untuk mengadun


1. Campur dan gaul tepong, susu tepong, minyak sapi dan  baking powder
2. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga menjadi adunan  

3. Bentuk adunan bulat-bulat sebesar ibu jari
4. Goreng adunan di dalam minyak bercampur dengan sedikit minyak sapi dengan api sederhana
5. Setelah masak, masukkan ke dalam sirap gula yang panas


 http://Petuapaje.blogspot.com

No comments:

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...