uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Tuesday, 15 May 2012

Lebuhraya Timur-Barat

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......


Sempena Hari Ibu pulang ke kampong ziarah ibu mertua di Tanah Merah Kelantan, dari Alor Setar Kedah melalui Lebuhraya Timur Barat. Ia adalah merupakan laluan Persekutuan yang menghubungkan Gerik Perak dengan Jeli Kelantan. 

Lebuhraya ini panjangnya 123 kilometer melibatkan 61kilometer bagi negeri Perak dan selebihnya bagi negeri Kelantan. Mengikut sejarah, Lebuhraya Timur Barat ini mula dibina pada tahun 1967 namun sering terganggu gara-gara angkara Komunis, Darurat Kedua antara tahun 1967-1989. Pengguna Lebuhraya hanya dibenarkan melalui lebuh raya ini hanya waktu siang dan dibawah kawalan ketat pihak tentera.




Setelah Komunis menyerah diri sepenuhnya pada tahun 1989, kawalan keselamatan telah dimansuhkan. 

Kini kami boleh pulang ke Kelantan bila-bila masa sahaja, bertolak dari Alor Setar pada pukul 10 malam dan sampai ke Tanah Merah Kelantan pada pukul 3 pagi. Perasaan cemas tetap ada kemungkinan bahaya kerana dibimbangi binatang liar seperti gajah dan rusa melintas jalan. Melihat gajah dipinggir lebuhraya adalah perkara biasa.


Paling saya suka melalui lebuhraya ini adalah kerana pemandangannya yang cantek kerana kelihatan gunung-ganang, lurah, tasik dan hutan tebal Banjaran Titi Wangsa.

Gambar-gambar ini saya siarkan sekadar berkongsi keindahan alam kerana bukan semua orang pernah melalui laluan ini.









 http://Petuapaje.blogspot.com

No comments:

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...