uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Monday, 28 May 2012

Lagu/Main Ampar-Ampar Pisang

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Sudah lama tidak bercerita mengenai Banjar. Dahulu lebih kurang 45 tahun lalu semasa saya zaman kanak-kanak. Bila ada kenduri di rumah "kulaan"(sedara) atau "dengsanak" (adik beradik) emak, ramai lah sepupu saya juga. Kami berkumpul ramai-ramai dalam bulatan dan semuanya menghulurkan sepuluh jari tangan.

Lepas itu kami akan main ampar-ampar pisang. Ini lirik lagunya:

Ampar-ampar pisang
Pisangku belum masak
Masak sabigi dihurung bari-bari
Masak sabigi dihurung bari-bari
Mangga lepak mangga lepok
Patah kayu bengkok

Bila sampai kejari sesaorang, jari akan dibengkokan kedalam


Bengkok dimakan api
Apinya canculupan
Patah kayu  bengkok

Bengkok dimakan api
Apinya canculupan
Jari kaki sintak dahulu akan masak

Bila habis lirik ini, jari sesaorang itu kena sentak


Ampar-ampar pisang
Pisangku belum masak
Masak sabigi dihurung bari-bari
Masak sabigi dihurung bari-bari
Mangga ricak mangga ricuk
Patah kayu bengkok

Bila habis lagu ini, jari orang itu kena bengkokkan supaya berbunyi


Tanduk sapi tanduk sapi kulibir bawang
Nang mana batis kutung dikitip bidawang

Siapa terkena "batis kutung"(kaki kudung) ...kena ketawakan ......

 http://Petuapaje.blogspot.com

No comments:

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...