uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Monday, 21 May 2012

Pantun Mengundang Ke Majlis. Selamat Bahagia!

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Beras kunyit kami taburi;
Air mawar direnjis wangi;
Berkembang kasih menabur budi;
Undangan kami setulus hati.


Harap sudi merai...
Syuhana sulaiman & Mohd Hasrul Ghazali,
Felda Inas Kulai jaya, Johor.
April 2012

Fusna & Khairi dan Tasya & Hasby
Felda Teloi, Kuala Ketil, Kedah
March 2012


Beras kunyit kami taburi;
Air mawar direnjis wangi;
Berkembang kasih menabur budi;
Undangan kami seikhlas hati;
Harap sudi datang menyeri;
Semoga mendapat rahmat Ilahi

jemputan dari...
Mohd Nazir Abdul & Siti Zubaidah Md Don
Gunung Keriang, Kedah
Mac 2012

Alamak! Ramai lagi yang mengundang ke majlis hari bahagia. Tak larat pula hendak menaip. Dari cuti sekolah penggal lepas hingga kini tidak putus-putus lagi jemputan kenduri. Selamat Pengantin Baru dan Selamat Bertunang. Ada yang jemput melalui surat dan ada juga yang menjemput melalui facebook.

Kalau jauh di Kelantan, Terengganu, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur....macam mana hendak pergi, jauh sangat. Kecuali kebetulan berada di tempat tersebut. Kalau di Perlis, Perak, Kedah dan Pulau Pinang, InsyaAllah. Terima kasih kerana menjemput saya...sekurang-kurangnya tanda ingatan kepada sahabat, sedara dan juga ingatan anak murid kepada gurunya.

Kadang-kadang tertanya-tanya juga bila sipolan-sipolan itu hendak mendirikan rumahtangga. Ada juga yang sudah berkahwin datang memperkenalkan isteri. Ada yang datang sudah beranak pinak memperkenalkan anak-anak dan isteri. Terima kasih di atas kunjungan tersebut. Kami sedia mengalu-alukan kedatangan anda semua.

Saya seronok kalau dapat pergi kenduri lain-lain negeri. Macam-macam adat, cara, acara dan persembahan tradisional atau pun moden yang diadakan untuk menceriakan majlis kenduri tersebut. Contohnya bersanding, berinai, makan berdamai, persembahan silat, joget lambak, nyanyian, khatam Quran, berendoi, wayang kulit, tarian, kompang, kuda kepang dan lain-lain lagi.

Sekali lagi saya ucapkan Selamat Penganti Baru, muga bahagia dunia dan akhirat....


 http://Petuapaje.blogspot.com

No comments:

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...