uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Wednesday, 16 May 2012

Selamat Hari Guru

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Selamat Hari Guru kepada semua guru walau dimana jua anda berada. Anda semua ibarat lilin, menerangi alam semesta, bagai penyuluh dalam kegelapan tapi dirimu terbakar sendiri. Semuga anda semua dapat berbakti tidak mengira waktu dan penat lelah. Semuga segala rintangan dapat diatasi dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan.
Percayalah, khidmat dan baktimu akan diberkati Allah dan akan mendapat ganjaranya yang setimpal di akhirat kelak. Terima kasih kepada guru yang pernah mengajar saya semasa saya belajar di Sekolah Rendah Kebangsaan Tanjung Semberong, Sekolah Rendah Kebangsaan Pintas Raya, Sekolah Rendah Kebangsaan Pintas Puding, Sekolah Menengah Tun Ismail Parit Raja, Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru, Institut Kemahiran MARA Tasya, Uitm Shah Alam, UTM Skudai dan CIAST Shah Alam.

Terima kasih kepada guru-guru yang mengajar anak-anak saya di Sekolah Rendah Kebangsaan Seberang Perak Baru, Sekolah Menengah Seberang Perak Baru, Sekolah Menengah Keat Hwa Simpang Kuala, Sekolah Menengah Sharifah Rodziah, Kolej Professional MARA Kuantan, Kolej Professional MARA Melaka, UUM Sintok, UniKL Pasir Gudang, IKM Beseri, MRSM Merbok dan juga tidak ketinggalan semasa anak-anak saya belajar di peringkat Pra-persekolahan di Tadika Tongkang Yard, Tadika HJ. Omar dan Tadika Mesjid Ikhsan.

Terima kasih juga kepada sesiapa sahaja yang dengan tidak secara langsung menjadi guru kepada saya kerana pengalaman seseorang itu adalah amat berharga, hanya tercatit dalam diari minda dan diterjemah melalui tingkah laku dan pertuturan.

Bersempena dengan Hari Guru ini juga saya memohon maaf kepada guru-guru saya dan kepada guru-guru anak saya seandainya terdapat kesilapan dan kenakalan kami semasa belajar.

Jasamu tetap kami sanjung hingga akhir hayat.

Pisang emas dibawa belayar;
Masak sebiji di atas peti;
Hutang emas boleh dibayar;
Hutang budi dibawa mati.

Wassalam.

 http://Petuapaje.blogspot.com

No comments:

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...