uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Thursday, 12 April 2012

Amaran Tsunami Ditarik Balik

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Amaran tsunami telah pun ditarik balik jam sepuluh malam malam tadi. Baru lah lega hati sedikit. Dah lah malam tadi hujan lebat dengan kilat sambar menyambar dan petir berdentu dentum. Mana rumah kediaman pada paras tanah rendah pasti air dimasuki banjir kilat. Pagi ini hujan sudah reda dan masing-masing mengemas dan membersihkan halaman dan anjung rumah dari sampah yang dihanyutkan air.


Aktiviti harian diteruskan tanpa ada perasaan cemas. Esok kami akan mengadakan hari keluarga di tepi pantai. Jadi tidak lah ada perasaan takut. Kalau hendak dibatalkan tentu terpaksa menanggung kerugian pula kerana serba serbi telah dipersiapkan mana-mana tempahan telah pun dibuat bayaran.

Semuga bergembira esok. Kalau hendak bersiar-siar menaiki bot ke Pulau Payar, Pulau Tiga, Pulau Bunting, Tanjung Dawai dan Pantai Merdeka bolehlah berbuat demikian esok tanpa ragu-ragu.....

 http://Petuapaje.blogspot.com

No comments:

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...