uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Monday, 9 April 2012

Sambutan Minggu Kreativiti Dan Inovasi Sedunia Pada 15 April hingga 21 April

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Disambut setiap tahun bertujuan meraikan kemampuan untuk mendapatkan idea baru, berimaginasi dan membuat keputusan yang baru demi menjadikan dunia sebuah tempat yang lebih baik dan juga menjadikan tempat anda di dunia ini lebih baik. 


Lakukan apa yang anda boleh dan apa yang anda suka. 
Hanya satu peraturan: Jangan membahayakan!

Bermula pada tahun 2002, lebih dari 46 buah Negara menghabiskan 1 minggu bermula dari 15 April (hari kelahiran Leonardo da Vinci) dan berakhir pada 21April untuk memberi semangat  mengalakkan , meraikan dan menyatakan semangat krativiti anda.

Bayangkan seluruh dunia bersatu melalui kreativiti. Ambillah sedikit masa, satu hari atau satu minggu untuk menghasilkan idea baru samada di tempat kerja, di rumah atau dimana jua anda berada untuk memulakan pembaharuan yang positif.

Apa sahaja yang anda lakukan adalah menggalakkan seseorang berkreativiti supaya hidup lebih mudah, bermakna dan mengembirakan.

Bagi memberi  kesedaran tentang kepentingan kreativiti dan inovasi dalam kehidupan seharian serta bagi membudayakan kreativiti secara serius,  setiap pihak bebas  mengadakan program mengikut cara tersendiri  selagi ia bersesuaian dan bertepatan dengan konsep dan inovasi yang diraikan.


Sudahkah anda fikirkan apakah aktiviti yang akan anda lakukan untuk meraikan sambutan tersebut?

 http://Petuapaje.blogspot.com

No comments:

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...