uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Monday, 2 April 2012

Sejarah Berblogging Hingga Kini

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Sebenarnya saya cuba berblooging pada 14hb. Mei 2008. Pada hari tersebut saya posting dalam blog saya foward-to-debate tentang keresahan melaksanakan rutin harian sebagai seorang ibu kepada enam orang anak yang kesemuanya berada di alam pembalajaran. Sudah tentu terlalu memenatkan bangun seawal pukul lima pagi hingga pukul satu tengah malam baharu dapat melelapkan mata. Itu belum tentu lagi terlena..


Akhirnya hanya sekali itulah saya memulakannya dan mengakhirinya kerana ketiadaan waktu.

Pada 23hb. Ogos, 2011 sekali lagi saya memulakan berblogging. Nampaknya saya terus mampu untuk berblogging kerana terasa terlalu banyak masa terluang biarpun saya mempunyai banyak hobi sampingan. Ini adalah kerana hanya tinggal seorang sahaja anak yang masih bersekolah yang tinggal di rumah.

Kerana terasa begitu banyak masa, saya pun buat blog tambahan iaitu blog Kulit Siput, Koleksi Kesayangan, Belajar Bahasa Banjar dan Kalam Allah. Rupanya tidak mampu hendak menjenguk semua blog sendiri biarpun sebulan sekali.

Sekali lagi saya perlu menutup blog Kulit Siput, Koleksi Kesayangan dan Belajar Bahasa Banjar. Kini hanya tinggal blog saya Petuapaje.blogspot.com dan Kalam Allah sahaja. 

Kepada Pengikut dan kepada sesiapa sahaja yang sudi melawat blog saya, saya ucapkan ribuan terima kasih. Perkara baik jadikanlah panduan, Perkara yang tidak baik jadikanlah sempadan.....

 http://Petuapaje.blogspot.com

No comments:

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...