uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Monday 16 April 2012

Pertandingan Reka, Bina Dan Uji Kekuatan Model Jambatan 2012 Anjuran UTM Skudai

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......
Kumpulan 1 - pelajar bersama rekaan model percubaan yang disiapkan...


Hari Kreativi Dan Inovasi Sedunia yang jatuh pada minggu ini bermula dari 15hb. April hingga 21hb. April 2012.


Pelajar Program Senibina Institut Kemahiran MARA Alor Setar telah berangkat ke UTM Skudai Johor Darul Ta'zim kerana menyertai Pertandingan Reka, Bina Dan Uji Model Jambatan yang dianjurkan oleh Fakulti Kejuruteraan Awam dari 17hb. hingga 19hb. April 2012.


Kumpulan 2 - pelajar bersama rekaan model jambatan 





Rekaan model jambatan tersebut menggunakan kayu balsa    berukuran 5mm x 5mm x 1000mm yang terdiri dari 10 batang "light weight" dan 10 batang "medium weight". 


Jambatan tersebut nanti akan diuji kekuatannya menanggung bebanan. Kombinasi kayu balsa tersebut akan direka untuh menghasilkan model jambatan berukuran 1200mm yang paling ringan dan kuat.











Dua kumpulan pelajar terdiri dari 10 orang pelajar Program Senibina yang menghasilkan dua reka bentuk jambatan telah berjaya menyertai pertandingan tersebut.

Pertandingan tersebut akan dijadikan sebagai satu galakan kepada pelajar menggunakan ilmu pengatahuan dan daya kreativiti bagi menyelesaikan masaalah secara praktikal dan secara tidak langsung menaikkan "KPI" Progran Senibina dan amnya Institusi Kemahiran MARA Alor Setar sendiri.


Tahniah diucapkan kepada pelajar yang berjaya menyertai pertandingan tersebut, diucapkan semuga berjaya pulang dengan selamat dan membawa pulang kemenangan. Kepada pelajar yang kurang bernasib baik, tingkatkan usaha dan perbaiki kemahiran praktikal supaya dapat menunjukkan kreativiti dan kemampuan dalam rekaan di masa hadapan.

http://Petuapaje.blogspot.com

No comments:

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...