uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Wednesday, 4 April 2012

Supaya Tidak Dimasuki Hantu Dan Syaitan Semasa Mengandung

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Bila mangandung banyak pantang larangnya dan ikut sahaja petua yang dicadangkan oleh orang tua-tua. Kebetulan semasa mengandung terasa badan kita begitu lemah. Ibaratnya kalau orang angkat kita, letak dalam longkang pun kita tak melawan dan tidak upaya hendak melawan.


Salah satu petua yang dicadangkan oleh orang tua-tua dahulu ialah cara menghindarkan diri dari dimasuki hantu dan syaitan. Mereka kata letakkan daun mengkuang di bawah tilam tempat kita tidur. Saya pun tanya kenapa letak daun mengkuang, tidak letak daun lain? Banyak soal pulak!

Mereka kata hantu dan syaitan takut daun mengkuang sebab duri daun mengkuang kedudukannya ada dua arah. Bila saya periksa, ya betul! Nak tak nak, letaklah juga sebab mereka dah carikan daun mengkuang, tinggal letak je...Tak letak nanti kata melawan cakap orang tua-tua pula. Kalau letak pun tidak mendatangkan kemudaratan pada sesiapa pun.

Bagaimana? Adakah anda setuju dengan petua ini? Kalau sendiri kena cari daun mengkuang...sudah tentu tidak buat....nak cari di mana daun mengkuang...kecuali duduk di kampong dan ada pula orang tanam pokok mengkuang..Betul tak?

http://Petuapaje.blogspot.com

No comments:

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...