uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Saturday 28 April 2012

Jenayah Internet Berleluasa

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Orang yang berurusan dengan kita secara bersemuka diragui dan boleh diragui inikan pula berurusan melalui email sahaja. Email yang dihantar kepada kita biasanya pada peringkat awal adalah seperti :

1.  Cabutan alamat email bertuah kerana aktif atas talian
2.  Cabutan bonanza sesebuah syarikat terkemuka
3.  Urusan perniagaan
4.  Mohon pertolongan
5.  Cadangan perniagaan
6.  Tawaran pemberian wang
7.  Menang loteri
8.  Pelawaan rakan kongsi pelaburan
9.  Tawaran perkhidmatan
10.Tawaran cinta, kasih dan sayang
Tawaran yang diberikan sungguh hebat, menawarakan wang sehingga $500 000.00 USD. Kalau dijadikan duit Malaysia. Wah! Boleh jadi jutawan ranking ke-10. Cuba tanya siapa yang tidak mahu sebab itu ramai yang terpedaya.

Kalau pun ingin memberi pertolongan, wajarkah kerana kita tidak mengenali orang tersebut dan batang hidungnya pun kita tak pernah nampak. Kalau hendak memberi pertolongan, berikan lah kepada orang terdekat sekurang-kurangnya ada juga timbal balas bila masa kita kesusahan.

Kalau anda sudah terperangkap dengan pujuk rayu yang manis diperingkat permulaan, lebih baik anda hentikaan percaturan tersebut kerana akhirnya sendikit penipuan yang beroperasi, yang tidak pernak kenal erti jemu itu akan meminta anda memasukkan sejumlah wang dalam akaun mereka seperti yang disiarkan didalam akhbar-akhbar tempatan.

Oleh itu berhati-hatilah sebelum terperdaya.........Jangan fikir nak dapat duit cara mudah, duit sendiri yang ada dalam simpanan pun tidak seberapa, kena tipu pula oleh orang yang tidak dikenali.

 http://Petuapaje.blogspot.com

No comments:

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...