uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Friday, 13 April 2012

Senaman Pagi Langkah Bijak Regangkan Sendi Memulakan Aktiviti Harian

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Bukan semua orang berpeluang melakukan senaman pagi bagi memulakan aktiviti harian. 

Lihat sahaja samaada diri sendiri ataupun orang lain yang berstatus ibu, bapa, anak, kakitangan awam, swasta atau berniaga, terutamanya di waktu pagi. 

Kesibukan tugas-tugas pagi hari menuntut setiap individu dalam keadaan kelam kabut supaya banyak perkara disiapkan pada masa yang tepat.





Andai terlambat bagi kakitangan awam sudah pastinya, "punch card merah", pelajar akan didenda kerana datang lambat. 

Bernasib baik dan bertuah sekiranya sesebuah organisasi menyediakan masa beberapa minit untuk melakukan senaman pagi.

Hakikatnya tidak ramai menyedarinya lantaran itu senaman pagi dilakukan dengan sambil lewa dan ada yang enggan melaksanakan seolah-olah ia satu bebanan sedangkan ia memberi menafaat yang besar kepada kesihatan kita jika ia dilakukan dengan betul.

Bagi saya tidak salah gerakan tersebut dilakukan dalam keadaan santai, senyum dan ketawa. Penting senaman tersebut dilaksanakan dalam keadaan gembira bagi memulakan hari supaya tidak berlaku tekanan dan kemurungan sepanjang hari. 

Perasaan tenang dan gembira akan membuatkan seseorang itu dapat melaksanakan tugas harian lebih bersedia, bersemangat, cekap dan dapat pula menyumbang idea-idea baru untuk faedah bersama.

Bagaimanakah pula andainya ada yang menganggu-gugat dengan marah-marah kerana kedangkalan tidak memahami konsep senaman pagi tersebut? Sudah pasti ia menimbulkan kekeliruan dan akhirnya menjurus perasaan marah, bosan dan enggan melakukannya.

http://Petuapaje.blogspot.com

No comments:

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...