uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Saturday 3 September 2011

Jauhi rasuah

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Kewujudan rasuah telah dikesan sejak ribuan tahun yang lalu dan masalah ini telah berlaku dalam semua masyarakat sejak manusia mengenal erti peradaban serta membina ketamadunan. Oleh itu rasuah bukanlah merupakan suatu fenomena baru yany wujud dalam masyarakat moden ini. Amalan rasuah kalau tidak dibendung, akan membarah dan seterusnya memusnahkan masyarakat serta seluruh institusi yang mendukungnya. Oleh yang demikian, semua masyarakat memandang amalan rasuah sebagai suatu bentuk tindakan yang bercangah dengan nilai etika, norma dan peraturan hidup.
Rasuah di dalam kamus Concise Law Dictionary, P. G. Osborne memberi definisi “bribery and corruption” sebagai perbuatan “giving or offering any reward to any person to influence his conduct; or the receipt of such reward”.
John B. saunders pula dalam kamus Mozley and Whiteley’s Law Dictionary memberi definisi “the taking or giving of money for the performance or non-performance of a public duty”.
Perkataan ‘rasuah ‘ berasal daripada perkataan Arab yang berbunyi al-risywah. Dalam Al-Quran rasuah digolongkan dalam kata umum batil. Iaitu meliputi juga perbuatan jenayah lain seperti merompak, memeras ugut dan menipu.

Definisi-definisi di atas jelas menunjukkan bahawa rasuah adalah sesuatu pemberian yang bernilai kepada seseorang yang mempunyai kuasa terhadap sesuatu peraturan atau perundangan.

Sebagai seorang pengusaha ‘pemberian rasuah’ yang diberikan kepada orang lain juga adalah merupakan suatu kos terhadap pengeluarannya. Harga sesuatu barang dan perkhidmatan akan dinaikkan apabila rasuah telah diberikan kerana mereka menganggap rasuah adalah merupakan sebahagian dari kos operasinya atau disebaliknya mereka akan merendahkan kualiti barangan dan perkhidmatan. Sekiranya amalan rasuah yang keji ini tidak dibenteras dan dicegah ia akan menular dan memberi kesan kepada pengguna yang dibebani dengan kenaikkan harga barang dan menjadi ancaman kepada mereka yang sedang menangani masalah-masalah kenaikkan harga barang-barang.

Kejatuhan banyak kerajaan sering dikaitkan dengan amalan dan kegiatan rasuah yang dilakukan oleh kalangan pegawainya.

BENTUK KESALAHAN RASUAH
Amalan rasuah dipandang hina dan dianggap suatu perbuatan yang menyalahi undang-undang serta peraturan moral. Oleh itu rasuah adalah dianggap sebagai satu pengkhianatan, penipuan dan perlanggaran hukum yang serius. Rasuah boleh diertikan sebagai penyuapan, pemerasan dan juga neopotisme. Di dalam masyarakat kita rasuah juga dikenali sebagai sogokan, duit kopi, duit bawah meja dan makan suap. Semuanya ini diberikan dalam bergagai-bagai bentuk seperti :
1. Wang, derma, pinjaman, yuran, hadiah, cagaran berharga, harta atau kepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta, sama ada boleh dialih atau tidak alih, atau apa-apa manfaat seumpama itu;
2. Apa-apa jawatan, kebesaran, pekerjaan, kontrak pekerjaan atau perkhidmatan, dan apa- apa perjanjian untuk memberi pekerjaan atau memberi perkhidmatan atas apa-apa sifat;
3. Apa-apa bayaran, pelepasan, penunaian atau penyelesaian apa-apa pinjaman, obligasi atau liabiliti lain, sama ada keseluruhannya atau sebahagian daripadanya;
4. Apa-apa jenis balasan berharga, apa-apa diskaun, komisen, rebat, bonus, potongan atau peratusan;
5. Apa-apa perbuatan menahan diri daripada menuntut apa-apa wang atau nilai wang atau benda berharga;
6. Apa-apa jenis perkhidmatan atau pertolongan lain, seperti perlindungan dari apa-apa penalti atau ketidakupayaan yang dikenakan atau yang dikhuatiri atau apa-apa tindakan atau prosiding yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah, sama ada sudah dimulakan atau tidak, dan termasuk penggunaan apa-apa hak atau apa-apa kuasa atau kewajipan rasmi; dan
7. Apa-apa tawaran, akujanji atau janji, sama ada bersyarat atau tidak bersyarat, untuk memberikan suapan.
Perbuatan dan amalan ini dilakukan secara sembunyi dan rahsia dengan melibatkan sekurang-kurangnya dua orang atau pun pihak. Rasuah boleh berlaku dalam berbagai-bagai bentuk dan tidak semestinya menggunakan perantaraan wang sahaja. Terdapat rasuah yang menggunakan sogokan berupa material, wanita atau seks, pakej percutian, tajaan, makanan, pemberian janji, layanan dan sebagainya. Rasuah itu dikatakan berlaku apabila pemberian itu disertai dengan niat untuk mendapatkan kemudahan, keuntungan, perkhidmatan dan balasan tertentu daripada pihak-pihak yang menerima sogokan.

Rasuah mempunyai ciri-ciri yang khusus. Antaranya ialah ia sentiasa melibatkan lebih dari seorang, dilakukan secara berselindung tanpa pengetahuan orang ramai. Selain dari itu ia melibatkan element timbal balik yang melibatkan pihak yang mampu mempengaruhi keputusan. Gegala rasuah juga selalunya mengandungi penipuan yang melibatkan element kepentingan masyarakat dan perlanggaran undang-undang. Rasuah juga menyentuh nilai moral yakni pengkhianat terhadap kepercayaan yang diberikan. Amalan rasuah ini dilakukan secara sedar bertujuan untuk mendapatkan keberuntungan daripada amalan tersebut.

No comments:

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...