uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Sunday 18 September 2011

Bajet 2012 ambil kira usaha atasi kenaikan kos sara hidup

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
2011/09/18
IPOH: Kerajaan mengambil beberapa inisiatif dalam penyediaan Bajet 2012 dalam usaha mengatasi masalah kos sara hidup yang semakin meningkat, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata, peningkatan kos sara hidup itu berpunca daripada keadaan global yang tidak stabil di mana dalam konteks bekalan makanan, ia didapati tidak ada keseimbangan dalam bekalan dan permintaan.
"Peningkatan ini juga disumbang oleh pertambahan penduduk dunia (dan) bagi mengatasi masalah ini di Malaysia, kerajaan memasukkan perkara ini di dalam agenda negara dan merupakan antara Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).
"Di dalam konteks negara kita, kos sara hidup ini membabitkan bekalan makanan, perumahan dan pengangkutan awam. Inisiatif kerajaan adalah mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi perkara ini yang akan dibentangkan di dalam bajet tahun 2012," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Hari Raya Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Rancangan Perumahan Tersusun Jelapang Baru di sini, hari ini.

Ahmad Husni berkata, terdapat beberapa rancangan pemulihan yang membabitkan pelan jangka pendek dan pelan penyelesaian jangka panjang bagi mengatasi masalah berkenaan.

Katanya, bagi pelan jangka pendek ia akan menyelesaikan masalah-masalah yang mampu diselesaikan segera, manakala pelan jangka panjang membabitkan pengukuhan keseluruhan rantaian.

"Sebagai contoh, di dalam soal sistem pengangkutan, kerajaan meluluskan pembinaan MY Rapid Transit(MRT) bagi penduduk di Wilayah Persekutuan.
"Bagi penduduk di luar Kuala Lumpur pula, kerajaan mengarahkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk membuat kajian menyeluruh dan membentangkan kepada kabinet," katanya.

Katanya, kajian tersebut turut disertakan kaedah untuk meningkatkan tahap keberkesanan sistem sedia ada. - BERNAMA

No comments:

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...