uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Wednesday 14 September 2011

Projek Mini Marina

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf

Projek Brief
Projek: Pembangunan Kemudahan Pelancungan “Mini Marina” Sungai Kedah, Alor Star, Kedah Darul Aman.
Contract sum: 7.5 juta (lump sum)
Jenis tender: Negotiated
Klien: Kementerian Kebudayaan dan Pelancungan



Kontrak period: 2 tahun (24.2.2003 hingga 24.2.2004)
Kontraktor: SBAR Bina Sdn. Bhd.
                   No. 24,Tg. 1,Taman Pandan,
   Jalan Sultanah Sambungan,
   05350 Alor Star Kedah.



Skop Kerja Yang Terlibat Dan Langkah-Langkah Pembinaan
Penyiasatan Tapak.
Penyiasatan tapak merangkumi segala bentuk teknik dan soal selidik yang dapat digunakan untuk memperolehi segala maklumat bagi tapak. Ini termasuklah pengkajian peta, pelan tapak, laluan masuk, perkhidmatan, pengangkutan, jumlah hujan dan lain-lain. Maklumat yang telah diperolehi adalah :-




Lokasi tapak: Kawasan Rukun Tetangga, Tongkang Yard
Luas Kawasan:  20, 000 kaki persegi


Keadaan tapak:    Kawasan tapak adalah rata, kecil, terletak dihujung jalan dan  terletak dipinggir sungai Kedah. Terdapat 2 batang pokok ceri,  satu rumpun buluh dan pokok-pokok kecil dipinggir sungai Kemudahan asas: Bekalan eletrik, bekalan air , kabel talipon dan kemudahan jalan.
Kegunaan tapak: Tapak bangunan bagi taman bimbingan kanak-kanakdan rukun  tetangga kawasan Tongkang Yard. Terdapat dua gelenggang  sepak takraw dan bahagian lain tapak adalah ditumbuhi rumput.

Jenis tanah: Berpasir dibahagian atas dan tanah liat hitam dibahagian  struktur   tanah bawah.

Penyiasatan tanah
Tujuan utama membuat penyelidikkan tanah di tapak adalah untuk mendapatkan maklumat berkenaan         dengan keadaan tanah (subsurface) dan seterusnya menentukan skop engineering untuk tujuan kerja-kerja mereka bentuk.

Skop kerja penyiasatan tanah yang terlibat adalah :-
Sinking of two (2) boreholes (pengorekkan) di tapak untuk menentukan keadaan tanah dan parameter kerja-kerja kejuruteraan. Alat yang digunakan adalah Multi speed rotary boring mechine dan Tripod Lubang pengorekkan dilindungi dengan bekas yang berukuran 75mm garis pusat untuk mengelakkan dinding korekkan daripada runtuh. Lubang pengorekkan ini dimasukkan aliran air dan contoh tanah terganggu dikumpulkan untuk pemerhatian.
Mengambil contoh tanah terganggu dan tak terganggu dari lubang korekkan untuk dianalisa di makmal dan diselidik dengan pemerhatian. Alat yang digunakan adalah split barrel tube sampler 450mm panjang bersekali dengan standard penetration test. Tanah terganggu diambil pada jarak yang sama bagi kedua-dua ujian standard penetration test dan vane shear. 63.50mm garis pusat, kelongsong nipis yang mempunyai kepanjangan 610mm digunakan untuk mengambil contoh tanah tersebut. Bagi tanah tidak terganggu pula contoh tanah diambil pada kedalaman berbeza pada setiap 10m kedalaman dari paras tanah. Satu liter air dari dalam tanah juga diambil dari lubang korekkan untuk ujian makmal.
Melakukan ujian standard penetration test pada setiap 1.50m kedalaman. Standard penetration test dilakukan pada setiap 1.50m. Ujian dijalankan dengan menjatuhkan 63.5kg pemberat dari ketinggian 75cm. Mengukur kedalaman air dalam tanah semasa kerja-kerja pengorekkan lubang dilakukan. Kerja ini dilakukan sebelum kerja sebelah pagi dimulakan, pada waktu rehat tengahari dan selepas siap melakukan kerja sebelah petang dan sebelum air dimasukkan ke dalam lubang korekkan untuk menstabilkannya.
Menjalankan ujian tanah di makmal untuk tentukan sifat kejuruteraan tanah seperti kekuatan tanah, perubahan isipadu mengikut BS 1377 : 1990. Perkara yang diuji adalah kandungan kelembaapan tanah, Atterberg limit, particle size distribution, specific gravity, UU triaxial compression dan one-dimensional consolidation.
Menjalankan 5 ujian Mackintosh probe menggunakan standard JKR. Perlaksanaannya adalah dengan cara membenamkan kon bergaris pusat 25mm ke dalam tanah dengan menggunakan tukul seberat 5kg dengan kadar ketinggian 280mm dan hentakkan pertama sebanyak 300 kali hentakkan. Kedalaman untuk proba adalah sehingga 15m dengan rintangan proba sebanyak 400 pukulan bagi bangunan melebihi ketinggian daripada 2 tingkat.
Dari penyelidikkan tanah di atas didapati tapak mempunyai tanah liat berpasir yang lembut di bahagian atas dan beransur-ansur keras ke dalam. Tanah keras adalah pada kedalaman lebih kurang 20m dalam tanah. Tanah liat ini mengandungi kandungan air yang banyak dan mempunyai sifat plastik yang tinggi dan melekit. Tanah jenis ini mempunyai kekuatan yang tinggi untuk menanggung beban apabila berada di dalam keadaan kering.
Kerja-kerja tanah
Jenis jenis pengorekkan yang terlibat adalah bulk excavation, kekal dan  sementara  di mana ia melibatkan kerja pengorekkan dan penambakkan yang  dibuat pada satu  kawasan tapak bina yang luas dan kuantiti tanah yang  banyak.Terdapat juga trench  excavation bagi kerja-kerja pengorekkan peparit  yang panjang pada permukaan tanah  untuk membina longkang di  sekeliling tapak pembinaan.

Aktiviti-aktiviti kerja tanah yang terlibat dalam projek ini ialah :-
Pemadatan dilakukan untuk meningkatkan ketumpatan tanah yang longgar. Process pemadatan dilakukan secara berperingkat-peringkat mengikut lapisan demi lapisan. Tanah yang longgar akan dituang dan direbakkan dalam lapisan setebal 150mm hingga 250mm. Perebakkan ini dilakukan menggunakan jentolak dan seterusnya dipadatkan menggunakan pemadat 25 tan.

Kerja pembersihan tapak adalah melibatkan pembuangan rumput, semak di pinggir sungai, penebangan dan pembuangan pokok ceri dan rumpun buluh, pembuangan gelanggang takraw yang dibuat daripada papak konkrit dan pengikisan lapisan tanah

Kerja penambakkan tanah perlu dilakukan kerana aras tapak tersebut mempunyai aras yang lebih rendah daripada aras pembentukkan. Pengorekkan semula setelah kerja-kerja pailing, tembok penahan tanah dan ground beam disiapkan, pengorekkan semula dilakukan keatas tanah yang ditambun sementara. Pemungahan, penganggkutan dan penuangan. Semasa kerja-kerja pembersihan tapak dilakukan, semak, pokok ceri dan rumpun buluh telah dipunggah kedalam lori, diangkut dan dituangkan ke tempat pembuangan sampah lebih kurang 2km dari tapak pembinaan. Pecahan konkrit dari pembuangan gelanggang takrow pula dituangkan di dalam tapak bagi penambunan tanah untuk mendapatkan aras pembentukkan yang lebih tinggi dari paras tanah. Lapisan tanah atas yang telah dikikis dari tapak semasa kerja-kerja pembersihan pula dilonggokkan di tepi tapak pembinaan untuk digunakkan semula semasa kerja-kerja lanskap apabila projek pembinaan hampir siap.
Pencerunan adalah meliput proses merata dan melicinkan permukaan sebelum ditanam dengan rumput dan kerja-kerja lanskap.


Masalah-masalah yang dihadapi dan cara-cara mengatasinya

Setelah kerja-kerja penambakkan tanah di dalam sungai dilakukan, kelebaran dan kedalaman sungai berkurangan menyebabkan tekanan air bertambah atau arus air meningkat deras. Apabila kerja penambakan dilakukan di dalam sungai, maka berlaku pergerakkan tanah berlumpur dibahagian bawah penambakkan dan bergerak ketengah sungai. Masalah ini telah diatasi dengan cara mengurangkan unjuran tapak bangunan sebanyak 20 kaki ke arah sungai dan untuk mengelakkan pergerakkan tanah pula pemasangan cerucuk kepingan telah ditanamkan ke dalam sungai. Cerucuk keping tersebut telah ditanam sedalam 20 kaki dari paras tanah di dalam sungai dan 20 kaki lagi tidak ditanam dimana panjang cerucuk keeping tersebut ialah 40 kaki.

Masalah cuaca buruk (hujan) semasa kerja-kerja tanah dijalankan menyebabkan kawasan tapak becak dan berair. Masalah ini diatasi dengan menyegerakan dan menyiapkan terlebih dahulu pembinaan longkang di sekeliling tapak pembinaan.
Masalah keruntuhan tebing sungai setelah kerja-kerja pembersihan tapak setelah pembuangan semak, rumput dan pokok-pokok dipinggir sungai. Masalah ini diatasi dengan pembinaan rubble retaining wall dipinggir sungai.
Kerap berlaku kerosakkan jentera pengorek. Ini adalah kerana disebabkan oleh jentera pengorek tersebut kurang berkemampuan mengorek tanah jenis tanah liat dalam kuantiti yang banyak. Masalah ini diatasi dengan menyenggara jentera tersebut dan mengurangkan kuantiti tanah yang dikorek setiap kali korekkan.

No comments:

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...