uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Saturday 24 September 2011

Teknologi Pembinaan Pensetabilan Cerun

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Cerun terdiri daripada dua jenis iaitu cerun asli dan cerun binaan. Cerun asli adalah cerun yang terbentuk melalui proses semula jadi manakala cerun binaan pula adalah dibina melalui pemotongan atau penambakkan sesuatu kawasan tanah mengikut gradien yang tertentu. Pada umumnya, kesetabilan sesuatu cerun bergantung kepada kekuatan ricihnya. Gelinciran berlaku apabila berat tanah melebihi kekuatan ricih cerun tersebut. Gelinciran akan menyebabkan tanah menggelangsar ke bahagian kaki cerun.
Analisis tentang kesetabilan cerun amat penting dilakukan untuk mengelakkan daripada berlakunya kejadian tanah runtuh. Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi kesetabilan sesuatu cerun. Diantaranya ialah :
2.0       Teknologi Pembinaan
Kejadian tanah runtuh boleh mengakibatkan kehilangan nyawa dan kerugian harta benda. Langkah yang sistematik perlu dijalankan untuk menjamin kestabilan cerun. Terdapat berbagai-bagaai kaedah penstabilan yang telah dipraktikkan bergantung kepada kesesuaian dan jenis tanah dikawasan cerun. Antara kaedah yang sering dijalankan ialah :

2.1        Pembinaan Tembok Gabion.
Tembok gabion terdiri daripada ketulan batu sederhana besar yang dimasukkan ke dalam sangkar jaring yang berbentuk bongkah segiempat. Biasanya, batu yang digunakan ialah batu granit. Sangkar jaring disusun padi kaki bukit cerun dan batu granit dimasukkan sehingga penuh. Tembok gabion ini adakalanya disusun samaada secara melebar atau disusun secara bertingkat dan berfungsi seperti tembok penahan.

2.2       Tembok Penahan.
Tembok penahan dibina daripada konkrit dan berfungsi untuk mengelakkan gelinciran tanah pada cerun. Tebal dan tinggi tembok bergantung kepada bahagian cerun yang perlu disokong. Tembok penahan mempunyai lubang leleh untuk mengalirkan keluar air yang terkumpul di belakang tembok dan mengurangkan tekanan air liang. Kawasan di sekeliling laluan masuk lubang leleh diletakkan dengan bahan berbutir tergred yang berfungsi untuk memudahkan pergerakkan air dan mengelakkan lubang daripada tersumbat.

2.3       Peparitan.
Sistem perparitan dibina pada cerun untuk mengalirkan air permukaan melalui parit pemintas pada kaki setiap tingkat cerun. Parit pemintas ini dihubungkan kepada parit pemungut. Air permukaan yang masuk keparit pemintas akan disalirkan keparit pemungut dan terus ke parit jalan. Parit pemungut dibina bertangga untuk mengurangkan kelajuan air.
Air bumi yang terdapat dicerun disalirkan melalui paip berliang bawah tanah yang dipasang dikaki cerun. Paip ini dinamakan turas salir. Disekeliling paip ini diletakkan lapisan berbutir tergred untuk memudahkan air bumi masuk kedalam paip.

2.4       Pembinaan Dinding Penahan Geogrid.
Pembinaan dinding penahan geogrid ini adalah alternatif kepada pembinaan dinding penahan konkrit dan dinding selular prefabricated. Ia adalah lebih ekonomi sekurang-kurangnya 30% dibandingkan dengan penggunaan dinding penahan yang dibina menggunakan konkrit yang dituang disitu dan penggunaan pre fabricated selular konkrit.Pembinaan geogrid ini boleh mencapai kecerunan tebing sehingga 80 darjah dan sangat kukuh dan boleh ditanami dengan rumput setelah blok konkrit atau prefabricated konkrit digunakan sebagai permukaan dinding, dinding penahan geogrid  ini.

2.5       Rock Bolting dan Grouting.
Rock bolt digunakan untuk mengikat struktur batu yang tidak stabil di lereng cerun. Rock bolt yang static dan berada dalam keadaan regangan ini adalah berfungsi bilamana daya diperlukan untuk bertindakbalas terhadap daya yang menyebabkan ikatan struktur batu tersebut berada dalam keadaan tidak stabil.

2.6        Hollow Core Bolt Anchor.
Self-Drilling Hollow Core Bolt adalah anchor yang unik dan satu sistem penstabil tanah yang selamat dan cepat walaupun kerja-kerja pengorekkan mengambil masa yang lama dengan sistem casing kedalam tanah jenis cohasive atau tanah yang tidak kuat.
Kebaikkan Self-Drilling Hollow Core Bolt adalah pemasangan yang cepat boleh dilakukan dalam masa yang sama operasi-operasi mengorek, meletak dan grouting kerana casing dan rod drill ditinggalkan didalam. Operasi ini adalah sama bagi semua jenis tanah. 

3.7       Soil dan Rock Nailing.
Soil Nailing adalah sejenis teknik untuk menambah daya kekuatan dan memperkukuhkan keadaan tanah sedia ada dan keatas tanah yang telah dipotong di lereng. Ia adalah pilihan yang ekonomi dan pembinaan yang cepat dibandingkan dengan kaedah tradisional.
Di antara kebaikkan nailing ini ialah  ia sesuai digunakan dalam keadaan tanah pada kedudukan yang sukar, keadaan tanah yang tidak stabil seperti pasir, batu gravel dan batu yang merekah dan pecah. Kaedah perletakkannya dalah sama pada semua jenis tanah. Self Drilling Nailing System ini tidak memerlukan drilling permulaan sebaliknya kerja-kerja mengorek dan perletakkan nailing tersebut dilakukan secara  serentak. Oleh itu potensi dan bahaya lubang korekkan dapat dielakkan. 

3.8       Rock Slope Netting
Rock netting digunakan untuk menutup sebahagian keluasan batu yang tidak stabil yang terletak dilereng.Netting ini  di bolt pada keempat penjuru natting tersebut.Penggunaan natting ini adalah dimana batu yang tidak stabil tersebut itu berbungkah besar dan tidak mempunyai keluasan yang munasabah untuk membuat kerja-kerja bolting.

3.9        Wire Mesh Untuk Penstabil lereng.
Wire mesh digunakan bila lereng tersebut terlalu terdedah kepada cuaca hujan dan batu-batu kecil sentiasa jatuh dari lereng.Oleh itu wire mesh didirikan berhampiran dengan lereng dan membiarkan tanah atu batu jatuh dikaki lereng.

3.10     Shortcrete Slope Protection. 
Ia adalah teknik yang berkesan untuk kerja-kerja penampalan pada lereng untuk memenuhi ruang yang kosong dibawah struktur batu dan kerja-kerja menyanga struktur batu apabila kerja kerja rock scaling tidak boleh dilakukan.

No comments:

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...