uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Thursday 15 September 2011

Projek Pembinaan Jambatan Ampang Jajar

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Setiap tapak pembinaan perlu disiasat secara terperinci dan tersendiri kerana kemungkinan ada perkara tertentu yang berbeza dan ada pula beberapa persamaan dalam aspek-aspek lain. Objektif utama penyiasatan tapak telah digariskan dalam BS 5930 :1981, iaitu “Code of Practise “ for site investigation. Antara objektif penyiasatan yang perlu pada permukaan projek bangunan dan kejuruteraan awam adalah untuk menilai kawasan tapak secara keseluruhan, membantu menyediakan reka bentuk yang lengkap, ekonomi, selamat dan membantu pembinaan supaya berjalan dengan lancar.
Penyiasatan tanah pula adalah merupakan sebahagian daripada penyiasatan tapak. Dalam BS 5930: 1981 diterangkan objektif penyiasatan tanah bagi maksud pembinaan baru. Objektif tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat yang tepat untuk menyediakan rekabentuk yang selamat dan ekonomi disamping memenuhi keperluan tender dan pembinaan.

Kerja tanah pula dimaksudkan dengan penyediaan asas pembentukkan seperti yang dikehendaki dalam lukisan tapak. Kerja –kerja tanah adalah merupakan sebahagian daripada kerja-kerja yang diklasifikasikan dibawah kerja-kerja kejuruteraan Awam (Holmes,1974). Mengikut CESMM3 (1991) kerja tanah termasuk kerja-kerja pengorekkan luas, penambakkan, perlupusan dan kerja-kerja lanskap.

Pembinaan jambatan pula adalah merupakan kerja-kerja civil dan struktur engineering yang melibatkan kerja-kerja mereka bentuk, penyeliaan dan pembinaan. Kerja-kerja kejuruteraan dan civil untuk menyediakan infrastruktur biasanya bergabung membuat pembinaan dalam kepakaran yang berbeza seperti pembinaan jalanraya, jambatan dan kerja-kerja pembinaan terowong. Gabungan kepakaran ini yang melibatkan pengetahuan tentang bahan binaan, keupayaan fizikal dan pengalaman adalah untuk memastikan rekabentuk itu dapat digunakan dan selamat. Selain daripada itu kerja kejuruteraan ini adalah melibatkan kerja-kerja perancangan, penyelidikkan untuk keperluan mengadakan infrastruktur baru dan penggunaan komputer technology untuk meramalkan keadaan struktur apabila menerima keadaan yang berbeza-beza..

Projek Brief
Projek: Projek membina jambatan di atas Sungai Kedah (menaikkan taraf laluan K13 LenconganBarat), Alor Star, Kedah Darul Aman. Jambatan ini menyediakan laluan satu hala dua lorong. (lihat gambar-gambar lawatan tapak jambatan Ampang Jajar)

Contract sum:      8.5 juta (lump sum)
Jenis tender:        Negotiated
Klien:                  Kerajaan Persekutuan
Kontrak period:  20.5.2001 hingga 25.10.2003
Kontraktor:         Kedah SATO Sdn. Bhd.
                           Tingkat 5, Wisma Putra,
                           Jalan Sultan Badlishah,
                           05350 Alor Star Kedah

Skop Kerja Yang Terlibat Dan Langkah-Langkah Pembinaan
Jenis sistem struktur adalah jenis simply supported yang menggunakan bahan konkrit post-tension. Di antara kerja-kerja yang terlibat dalam pembinaan jambatan ini ialah :-

Pembersihan Tapak Bina
  • Kawasan pembinaan telah dibersihkan dan diratakan.
  • Penambakkan Tanah 
  • Tanah batu merah telah ditambak dikawasan pembinaan .Tanah tersebut telah diambil dari kerja pemotongan tanah bagi membuat kerja jalan oleh kontraktor yang sama.

Kerja-Kerja Cerucuk
Jenis cerucuk yang digunakan adalah reinforce concreate pile. Di antara kerja-kerja cerucuk yang terlibat ialah setting out bagi point cerucuk, penandaan point cerucuk, mengangkat cerucuk, perletakkan kedudukkan cerucuk, kerja-kerja perlantakkan, sambungan pada cerucuk dan cut off length.

Pembinaan Pier dan Abutment
Terdapat 5 pier yang membahagikan rentang jambatan yang berukuran 210030 mm dan jarak di antara satu pier dengan satu pier adalah 35000mm

Pembinaan Dan Penegangan I-Beam
I-beam telah dibina secara di tapak pembinaan mengunakan steel form work dan ditegangkan. Proses penegangan adalah proses penarikkan kabel di dalam I-beam yang telah matang.Proses ini telah dilakukan dalam 2 peringkat.Peringkat pertama menggunakan tekanan Jack hidraulik dengan tekanan 500-4000 psi dan peringkat kedua pula dengan tekanan 4000- 8000psi. Setelah proses penegangan dilakukan selesai strand dipotong dan procedure grouting pula dilakukan.

Launching I-Beam
Jarak diantara casting yard dengan jambatan yang dibina adalah lebih kurang 50m sahaja.Diantara langkah-langkah launching I-beam ialah Pemasangan Launching Girder dan motor roller di antara dua Abutment, mengangkat I-beam ke atas treller, seterusnya perletakkan hujung satu I-beam di atas Motor Roller, mengangkat I-beam ke Abutment.

Pembinaan Deck Slab
Ia adalah merupakan lapisan permukaan selepas semua rasuk disusun memasuki kedua-dua abutment.Deck slab yang dibina adalah dari konkrit.

Pembinaan Diaphragm
Ia adalah rasuk melintang yang menghubungkan antara longitudinal girder untukmengelakkan pergerakkan girder dan menyediakan kekuatan arah melintang

Pembinaan Parapet
Jenis parapet yang dibina adalah jenis NewJersey parapet dengan pemasangan galvanized railing.

Pembinaan Wing Wall
Wing wall dibina menggunakan precast concreate

Pemasangan Curtain Wall
Penutupan rasuk ini menggunakan bahan baru yang di panggil glass reinforced concreate panel yang dipasangkan pada kerangka tahan karat dengan cara welding di antara steel frame dan pencangkuk yang telah dipasang pada panel tersebut.

Pemasangan Tiang Lampu, Scupper Drain, Paving Konkrit, Pavement, Approach Slab Dan Expansion Joint.
Tiang lampu disambungkan pada parapet wall menggunakan bolt and nut dan tujuan paving konkrit adalah untuk laluan pejalan kaki. Scuper drain hanya dipasangkan pada sebelah jambatan sahaja .Terdapat 3 pemasangan expansion joint iaitu dibahagian tengah dan pada penyambungan antara approach slab dan jambatan.

Masalah-Masalah Yang Dihadapi Dan Cara-Cara Mengatasinya
Menghadapi masalah pekerja iaitu masalah pekerja buruh tempatan yang tidak berdisiplin dan perletakkan jawatan jurutera yang menyelia. Jurutera pengganti adalah baru dan tidak berpenggalaman namun dapat meneruskan kerja-kerja tersebut.

Kren telah tumbang kebahagian jambatan dan telah mengakibatkan kerosakkan pada jambatan lama. Kren telah tumbang kerana tayar yang pecah. Kontraktor telah menggantikan kerosakkan jambatan tersebut yang berjumlah 40 ribu kepada pihak MADA.

Kesimpulan
Dari kajian kes ini boleh dibuat kesimpulan bahawa banyak faktor-faktor yang perlu diambil pertimbangan dalam perancangan kerja-kerja tanah dan pembinaan jambatan. Ini adalah untuk mengelakkan sebarang masalah berlaku semasa kerja-kerja sedang dijalankan, kelewatan masa kerja dan seterusnya peningkatan kos kerja. Diantara faktor-faktor pertimbangan dalam perancangan kerja bagi projek ini adalah keadaan kawasan tapak bina, jenis tanah, air bawah tanah, kerja-kerja sementara atau kekal, saiz kerja tanah, keadaan cuaca dan masalah pekerja.

No comments:

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...