uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Sunday 25 December 2011

Bubur Asyura Kelantan Beraroma Herba

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum dan salam sejahtera....

Suami saya dengan groupnya tak terdengar pun ura-ura nak buat Bubur Asyura  Kelantan. Dalam seminggu ni dok fikir.."tak merasa lah nak makan Bubur Asyura Kelantan kali ini". Tup-tup malam tadi balik dari urusan kerja di Terengganu bawa balek Bubur Asyura Kelantan. Dapat juga merasa Bubur Asyura Kelantan. Rupanya on the way balek dari terengganu, suami saya singgah di Kelantan di rumah manya.
Terima kasihlah semua sedara-mara di sana kerana mengirimkan Bubur Asyura Kelantan untuk kami. Memang sedap!

Semasa saya duduk di sana dahulu, tengoklah juga sedara-mara buat Bubur Asyura tersebut. Punyalah teruk! Bermula selepas sembahyang subuh hinggalah ketengahari. Buat hari Jumaat. Adalah dua tiga orang miss........

Bayangkanlah kacau beras, daging dan rempah-rempah sampai hancur. Sampai tidak nampak rupa beras, daging dan rempah-rempah tersebut. Kalau tidak pernah melihat orang membuat Bubur Asyura Kelantan, saya percaya, ada yang tidak dapat mengagak apakah bahan-bahan campuran hendak membuat Bubur Asyura tersebut.

Mengacau Bubur Asyura tersebut menjadi hancur dan pekat, memerlukan tenaga yang kuat. Sudah tentu kudrat orang lelaki diperlukan. Buat Bubur Asyura tersebut dalam kawah. Hendaklah dikacau tidak henti-henti, kalau tidak, ia akan hangus dibahagian bawahnya.

Bubur Asyura tersebut sedap dimakan panas-panas. Warnanya hitam beraroma rempah....sekali lagi saya katakan sedap....Ada tinggal sedikit lagi....esok habis lah kot! Nak rasa? Mai lah datang rumah...

Ok. Bye Bye...Wassalam...

No comments:

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...