uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Sunday 11 December 2011

Pihak Yang Terlibat Dalam Proses Pembangunan Hartanah

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Ahli-ahli kumpulan berikut akan mempunyai matlamat dan objektif mereka sendiri yang mungkin selaras atau berbeza daripada objektif klien. Kumpulan iktisas perancang ini terbahagi kepada 2 iaitu pihak berkuasa mewakili kerajaan dan pihak sektor swasta di mana mereka akan membawa peranan yang berbeza.

1. Pihak berkuasa
Dalam sektor awam aktiviti perancang tertumpu kepada pengujudan rangka kerja pembangunan tempatan dan boleh menimbang permohonan kebenaran untuk pembangunan oleh sektor swasta.
2. Pihak swasta
Rakan perancang disektor swasta tidak tertumpu kepada organisasi pembangunan atau kewangan , tetapi kepada amalan perundingan persendirian atau dalam arkitektural persendirian atau firma pelbagai disiplin.Peranan ini melibatkan nasihat kepada klien sektor swasta atau awam.

i. Penilai
Penilai bekerja sama ada di sektor awam atau swasta.
Dalam konteks pembangunan tanah, fungsi asas seorang penilai adalah untuk memberi nasihat berhubung dengan nilai modal dan nilai sewaan dan ini memerlukan pemahaman tentang pasaran tersebut yang penilaian diperlukan.
Pengetahuan yang terperinci tentang kesan pelbagai jenis percukaian.
Memberi kepada pemaju anggaran yang tepat bagi tanah yang mana pembangunan tersebut dijalankan.
Bagi membolehkan penilai memberi nasihat yang diperlukan, biasanya dia perlu mendapatkan maklumat daripada akitek dan juruukur bahan.

ii. Agensi jualan dan sewaan.
Ia mungkin orang atau organisasi yang sama seperti seorang penilai dan dilantik pada awal proses pembangunan kerana menjalankan fungsi seperti berikut:
Penilaian pasaran bagi pembangunan yang dicadangkan, syarat-syarat penghuni yang dikehendaki, peruntukan bagi strategi penjualan atau penyewaan, penilaian harga atau aras sewa dan tempoh semakan serta perundingan.

iii. Akitek
Handbook Of Architectural Practise and Management menyatakan tanggungjawab akitek kepada masyarakat, kliennya, profesion, organisasinya sendiri, rakan-rakan dalam kumpulan reka bentuk, organisasi kontrak dan kumpulan pembinaan.
Tanggungjawab terhadap mesyarakat selanjutnya menyatakan bahawa/Semasa mengekalkan kepentingan terbaik klien, arkitek mestilah menyedari keperluan untuk menggunakan nilai supraklien dalam keputusan dan nasihatnya, agar dapat berkhidmat kepada kepentingan masakini dan jangka panjang masyarakat seluruhnya.
Perkhidmatan tradisional yang ditawarkan akitek boleh dibahagikan kepada tiga bidang:
Memperoleh kelulusan perancangan bagi pembangunan dan menjalankan apa-apa perundingan terperinci dengan pihak berkuasa perancangan.
Memperolehi kelulusan-kelulusan kawalan bangunan.
Merekabentuk bangunan.
Kawalan keseluruhan ditapak projek.

iv. Juruukur bahan
Ia berfungsi sebagai seorang juruukur bahan seperti yang dilaksanakn di pejabat juruukur bahan professional. Secara tradisional fungsi juruukur bahan adalah seperti berikut:
Menyediakan anggaran kos pembangunan yang dicadangkan bagi pihak klien
Menyediakan senarai bahan yang padanya kontraktor mungkin akan menender dalam persaingan.
Menyediakan penilaian kerja yang dilaksanakan ditapak sebagai asas kepada pengeluaran sijil oleh akitek.
Menyediakan dan merundingkanakaun akhir bagi kerja binaan.

v. Pengurus projek
The Chartered Institut Of Building (CIUB) UnitedKingdom (1982:12;1992:3), dan Greenwood(1987/88) menakrifkan “pengurusan projek” seperti berikut:
Suatu proses keseluruhan perancangan, kawalan dan koordinasi sesuatu projek dari awal hingga akhir bertujuan memenuhi kehendak klien dan memastikan projek disiapkan pada masa dan kos yang dibenarkan serta memenuhi piawai kualiti.
Fayol (1949) pula telah membahagikan “pengurusan” kepada lima cabang utama, Iaitu:

Meramal dan merancang.
Bagi Fayol , “mengurus” bermakna memandang pada masa hadapan. Meramal dan merancang ialah suatu tugas yang mustahak dan membuat peruntukkan untuknya. Suatu perancangan yang baik mestilah mudah, ada kebolehlenturannya, diasaskan pada objektif yang realistik, menggunakan sumber-sumber yang ada dan menyediakan suatu bentuk kawalan yang seragam.

Menyusun
Fayol (1949) mengertikan “menyusun” sebagai membina struktur, menyediakan bahan dan manusia supaya tugas dapat dijalankan secara optimum. Dengan itu butir-butir tentang tanggungjawap, perintah dan arahan, serta prosedur keputusan mestilah jelas.

Mengarah
Bagi cabang mengarah pula, ia merupakan cabang “menyusun” secara logik. Pengurus mestilah bertindak, iaitu mengarah supaya kesemua aktiviti yang dijalankan mencapai matlamatnya.

Menyelaras
Menyelaras diertikan sebagai mengabungkan, menyatupadukan dan seterusnya mengharmonikan kesemua aktiviti dan usaha pada semua peringkat didalam organisasi supaya bersesuaian dengan matlamatyang ingin dicapai oleh organisasi itu.

Mengawal
Mengawal adalah merupakan suatu pemastian agar semua aktiviti yang dijalankan mematuhi semua arahan Dalam sistem kawalan, ia membandingkan pencapaian sebenar dengan yang telah dirancang sebelum ini, dengan mengambil kira penyimpangan yang berlaku atau wujud. Ia bagi tujuan dijadikan garis panduan ke arah membuat tindakan pembetulan pada masa dan ketika yang betul. Mengawal juga termasuklah merekodkan apa-apa pengalaman bagi maksud memperbaiki prestasi pengurusan pada masa hadapan

No comments:

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...