uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Sabtu, 31 Disember 2011

Burung Tekukur Saya Berlagu Merdu

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum dan salam sejahtera....

Dari zaman kanak-kanak lagi, di antara hobi yang saya gemari ialah buat lastik sendiri untuk lastik burung. Kadang-kadang buat perangkap burung. 


Masa zaman sebelum berkahwin pernah juga saya membela burung, burung Serindit. Saya beli di pasar malam sebanyak empat ekor. Cantek bulunya. Ada warna biru, kuning, hijau dan merah. 


Bila bercuti balek ke kampong, saya minta tolong kawan serumah untuk memberi makan dan minum. Bila saya balek dari bercuti, saya dapati burung saya tiada di dalam sangkar. Bila saya tanya kawan, dia kata terlepas. Kalau terlepas, tak kan semua...Itu yang saya sedih sangat...

Di sekeliling rumah saya, secara tidak langsung saya menyediakan habitat burung. Saya tanam pokok pisang, pokok jambu air, pokok pinang dan pokok bunga. Jadi banyaklah burung mencari makan dan membuat sarang disekeliling rumah saya. Dari pagi hingga lah menjelang senja, sentiasa ada burung berkicau.

Hobi memelihara burung tersebut saya minati hinggalah sekarang. Buktinya saya telah memelihara burung Tekukur. Burung tersebut saya beli di kedai haiwan peliharaan. Saya pilih jantan. Nak tahu jantan atau betina?     Bila tulang punggungnya rapat maknanya jantan. Ya ke....?

Setakat ini saya beri makan samba dan beri air mineral. Saya akan mempelajari bagaimana hendak merawat burung dan melatihnya jadi pikat. Bila saya dah latih burung jadi pemikat....Alamat saya akan pergi memikat lah pulak....ha ha ha....

Pada masa itu saya perlulah sudah tahu bagaimana hendak menjebak burung, menambat dan memasung atau mengkawinkan burung untuk mendapatkan baka yang lebih bagus. He he he....

Saya sudah pun menghantar permohonan untuk menyertai kumpulan Tekukur: Kesenian dan Kebudayaan Melayu Malaysia. Harap permohonan saya dipertimbangkan dan mendapat jawapan yang mengembirakan.

Macam seronok je kan....Dulu saya pernah bela ayam, arnab, kambing, lembu..Lain kali saya cerita berkaitan pengalaman memelihara haiwan-haiwan tersebut.

Ok...bye...bye...


Petuapaje.blogspot.com

Tiada ulasan:

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...