uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Monday 5 December 2011

Rumah Tradisional Di Kedah Penuh Ukiran-Ukiran Seni

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Rumah Tok Su
Rumah-rumah tradisional lama mempunyai ukiran-ukiran. gambaran ketinggian mutu seni orang-orang Melayu dahulu. Pembinaan dipengaruhi oleh keadaan sekeliling dan juga kebudayaan. Ini mereka tonjolkan pada ukiran-ukiran yang terdapat pada rumah mereka seperti tumbuh-tumbuhan, figura dan berkisar kepada kehidupan.

Rumah orang-orang Melayu Kedah dahulu biasanya mempunyai serambi, rumah ibu, rumah tengah dan dapur. Bumbung yang kebiasaannya terdapat ialah bumbung perak dan juga bumbung panjang. Jika kita lihat tinggalan warisan ini kita dapat katakan bahawa orang-orang Melayu dahulu begitu pentingkan kecantikan dan keunikan rumah mereka, begitu teliti dalam membina rumah dari segi pembinaannya mahu pun pemilihan tapak rumah supaya mereka akan hidup aman tenteram sepanjang masa.
Kedah Darul Aman kaya dengan struktur unik seperti ini. Rumah tradisional Melayu yang berdindingkan kayu meranti atau demak dan beratapkan rumbia seperti di Kampung Warisan yang terletak berhadapan dengan Wisma Pentadbiran Negeri ( Wisma Darul Aman ). Kampong itu menempatkan Rumah Tok Su dan Rumah Seri Banai yang menjadi lambang keunikan serta keaslian senibina tradisional Melayu. Kedua-dua rumah ini dipercayai berusia lebih dari 80 tahun.
Rumah Seri Banai
Keistimewaan rumah-rumah ini juga terletak pada kehalusan ukiran bunga kerawang dan ruang-ruangnya iaitu beranda, rumah ibu, anjung, ruang tengah, selang, dapur dan pelantar. 

Setiap ruang rumah mempunyai fungsinya tersendiri yang amat berbeza dengan ciri kediaman masa kini yang mempunyai lebih banyak ruang peribadi seperti bilik khas. Rumah zaman dulu tidak ada bilik dan setiap ruang hanya dipisahkan dengan langsir dan kebanyakan ruang adalah terbuka seperti anjung beranda dan pelantar. 

Rumah-rumah itu bukan berasal dari Alor Star tetapi dipindahkan dari lokasi asal yang berbeza. Rumah Tok Su dibawa dari Kampung Permatang Kerat di Bandar Baharu yang letaknya kira-kira 200 kilometer dari Alor Star, manakala Rumah Seri Banai berasal dari Kampung Banai di daerah Kubang Pasu.
Rumah Kelahiran Tun Mahathir Mohammad

Kalau ke Kedah jangan lupa juga melawat rumah kelahiran Mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang ke-4 yaitu Tun Mahadhir Mohamad.

No comments:

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...