uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Thursday 29 December 2011

Tidur Nyenyak Bersama Pasangan Anda

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Semua orang mahukan tidur yang berkualiti supaya bangun esok pagi dalam keadaan segar dan bertenaga. Ada sesetengah orang senang untuk tidur tidak mengira keadaan tetapi ada sesetengah orang pula sukar tidur walau bagaimana selesa keadaan tempat tidur. Apatah lagi jika berhadapan banyak ganguan yang boleh merencatkan untuk tidur tersebut. Seseorang itu tidak perlu tidur sampai lapan jam tetapi memadailah tidur tiga hingga empat jam dengan syarat seseorang itu tidur berkualiti mengikut pusingan satu jam kepada satu jam yang lain.

Suhu bilik tidur sesuai, tilam, bantal dan bantal peluk yang empok, cukup selesa tetapi  tidak menjanjikan tidur nyenyak sekiranya pasangan disebelah tidak bekerjasama. Perkara-perkara yang mendatangkan gangguan tersebut hanyalah perkara remeh-temeh yang kadang-kadang melucukan untuk diperkatakan.

Diantara gangguan tersebut ialah:

Berkentut yang sengaja diteran dan kuat
Kalau tidak sengaja atau tup-tup terkentut mungkin boleh dimaafkan. Bagaimana pula keadaannya kalau  
sudah terasa hendak berkentut, diteran pula dan berbunyi dengan kuat. Sudah tentu ini memeranjatkan 
pasangan disebelah. Kadang-kadang tidak mengeluarkan bau tetapi sudah mengeluarkan carbon dioxide. 
Semua orang tahu, manusia memerlukan oxigen untuk bernafas bukan carbon dioxide. Menghidu carbon dioxide boleh menjejaskan paru-paru dan seterusnya menjejaskan kesihatan

Membalikan diri dengan kuat
Ini lagi masalah. Pasangan disebelah terkejut ingatkan ada hantu hendak menerkam ataupun ingatkan ada pencuri masuk kedalam bilik. Kalau ia pun hendak membalik-balikan diri, pusinglah badan anda perlahan-lahan seolah-olah pasangan anda disebelah tidak menyedari anda berpusing dan berpaling ke arah lain.

Menghembuskan nafas yang kuat ke arah muka pasangan
Udara yang keluar dari hidung tentulah mengeluarkan wap yang panas dan kandungan carbon dioxide lagi. Hembusan yang lama menyebabkan pasangan anda kepanasan dan mengeluarkan peluh. Sudah tentu anda membuatkan pasangan anda tidak selesa dan rimas. Kalau hidung besar...ha ha ha...lagi panas. Salah seorang hendaklah menganjak kedudukan kepala supaya tidak berlaga menghembus nafas.

Berebut selimut
Kononnya hendak tidur satu selimut tapi bila keadaan cuaca semakin sejuk, salah seorang pasangan menarik selimut sehingga pasang lagi seorang  tidak dapat berselimut. Sudah tentu ini membuat pasangan lagi seorang terjaga. Bila sudah terjaga, pasangan tadi pun menarik selimut semula. Maka bermulalah main tarik-tarik selimut.

Bangun secara mengejut
Ini juga membuatkan pasangan terkejut. Pasangan anda berkemungkinan menyangka ada perkara kecemasan berlaku padahal anda hanya ingin ke tandas. Bangun secara mengejut bukan sahaja menjejaskan pasangan anda tetapi menjejaskan kesihatan anda sendiri. Tiba-tiba sahaja degup jantung anda bertukar nada kencang dan mengepam darah keseluruhan tubuh anda dengan laju. Ini boleh membuatkan anda sakit kepala dan lama kelemaan boleh sakit jantung.

Membiarkan pintu tertutup sendiri
Bila keluar pintu, hendaklah merapatkan pintu perlahan-lahan bukan melepaskannya untuk tertutup sendiri. Jika daun pintu dilepaskan untuk tertutup sendiri, sudah tentu ia akan berdentum dengan kuat kecualilah anda memasang "door Closer" atau memasang pelapik getah pada pintu tersebut.

Inilah diantara gangguan -gangguan yang perlu dihindarkan supaya pasangan anda bangun tidur dalam keadaan ceria. Cubalah atasinya segera supaya tidak menjejaskan rutin kehidupan harian. Pada zaman sekarang kebanyakkannya lantai rumah diperbuat dari konkrit. Bila berjalan di atasnya tidak mengeluarkan bunyi dan melendut seperti rumah kayu. 

Jika berjalan di atas lantai papan macam rumah kampong, anda hendaklahlah berjalan berjengket-jengket dan perlahan supaya tidak mengeluarkan bunyi dan bergegar. Apa pun yang penting adalah hormat-menghormati pasangan anda dan memahami perbezaan-perbezaan dari diri anda.

No comments:

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...