uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Monday 5 December 2011

Zaman Teknologi, Cari Alternatif, Bina Masa Hadapan Gemilang

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Semasa zaman kanak-kanak boleh dikatakan ramai yang merasai bermain kapal terbang kertas. Bila saya katakan permainan ini, saya pasti ramai yang terbayang-bayang keseronokan di waktu itu. Bayangkanlah pula kita pada hari ini dalam realiti kehidupan sebenar. Andai hidup kita ibarat kapala terbang kertas itu, bermakna perjalanan hidup kita tiada destinasinya. Penerbangan kapalterbang kertas tidak memerlukan persediaan seperti kapal terbang sebenar yang memerlukan persiapan krew, enjin, minyak dan kelengkapan peralatan lain. Begitulah juga perjalanan kehidupan kita memerlukan persediaan untuk mencapai masa hadapan cemerlang.
Hidup yang bermatlamat memerlukan persiapan apatah lagi dunia hari ini melalui pelbagai perubahan mendadak dan kita mahu tidak mahu, menerima tempias cabarannya. Melihat kepada sinario  masa kini, bolehkah anda semua bayangkan perjalan hidup kita menuju destinasi seperti yang kita kehendaki ? Adakah kita perlu membiarkan sahaja masa berlalu begitu sahaja dan mengharapkan masa hadapan datang seadanya ? Mungkinkah perlu kita memikirkan alternatif lain untuk mencipta masa hadapan yang gemilang?

Bagi mereka yang berserah bulat-bulat kepada takdir dan beranggapan sesuatu itu terjadi adalah semunya kerana takdir, sudah tentu membiarkan sahaja masa berlalu dan masa hadapan hadir juga suatu ketika nanti. Orang-orang seperti ini menunggu sahaja kejayaan hadir dalam hidup seperti menunggu bulan jatuh keribaan. Ada juga orang melakukan tindakan seadanya dengan berhati-hati takut tersalah langkah. Orang-orang seperti ini kebiasaannya cendurung untuk membiarkan peluang-peluang keemasan terlepas begitu sahaja.

Ada juga orang yang bertindak berani mencabar masa hadapan yang tidak boleh di ramal. Mencipta masa hadapan dalam keadaan suasana sering melalui perubahan, sudah pastinya memerlukan kita mencari alternatif terbaik melaksanakan dan menggandakan usaha kita bagi mengatasi orang lain.

Berilah peluang kepada diri anda untuk percaya bahawa tidak ada sesiapa pun boleh menjadi pakar dalam sesuatu bidang apatah lagi sesuatu iu belum pernah kita lakukan, tetapi kita boleh menjadi fleksible, mengkaji, mencuba, proaktif dan bersemangat ingin tahu.

Paling ditakuti oleh sesaorang ialah mengetahui tentang kelemahan diri sendiri. Oleh itu katakanlah kepada diri sendiri bahawa kegagalan itu adalah lumrah, kegagalan itu ibarat guru kepada diri sendiri dan kegagalan itulah yang memberi semangat untuk kita terus menuju kejayaan.

No comments:

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...