uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Wednesday 14 December 2011

Pertandingan Komen Terbanyak dan Berinformasi

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Adakah ini hadiahnya ? Oh! Tidak....Tunggu...
Assalammualaikum....

Lama sudah rasanya saya tidak menyembang dengan anda semua. Saya ucapkan terima kasih di atas kesudian anda semua selama ini sudi menyokong dan melawat blog saya. Kepada anda yang sudi memberi komen, lagi saya suka. Sekurang-kurangnya, hilanglah kesunyian saya selama ini. Bukan saya sahaja tersenyum sendirian, tapi anda yang memberi komen pun rasanya tersenyum juga bila komen-komen anda tersiar. Jika komen anda tidak tersiar, sekali lagi saya minta maaf, kemungkinan komen anda itu menyentuh hal-hal yang melanggar terma dan polisi berbelogging.
Baharu 5 bulan saya berbloging. Setakat ini pelawat saya terdiri dari beberapa Negara dan kebanyakkannya adalah dari Malaysia hampir 80% dan selebihnya adalah dari Negara US, Jerman, Australia, Poland, New Zealand, England, Burma, Singapura, Thailand, Indonesia dan Lain-lain lagi. Saya juga bertambah seronok dan bersemangat bila hari demi hari, pelawat blog saya semakin meningkat bilangannya.

Sudah tentu sinario ini mengembirakan hati saya apatah lagi berblogging ini adalah perkara baru dalam hidup saya disamping meluangkan masa senggang saya.

Bagi menghargai pelawat-pelawat saya yang saya hormati, saya ingin memberikan sedikit hadiah kepada pelawat-pelawat blog saya yang memberikan komen yang banyak dan berinformasi.

Kriteria yang saya nilai adalah:
1. Berinformasi                                                            10 markah
2. Bilangan komen yang dihantar                                  10 markah
3. Susunan ayat yang ringkas dan mudah difahami        10 markah
4. Ejaan yang betul dan gaya bahasa yang menarik       10 markah

Kriteria tersebut saya titik beratkan kerana saya sangat menyanjung bahasa kita bahasa Melayu dan saya percaya anda semua pun begitu juga. "Bahasa itu indah, bahasa itu budaya kita, bahasa jiwa bangsa" Marilah kita sama-sama memertabatkan bahasa kita dipersada Antarabangsa.

Komen yang berunsur cerita orang dewasa, menyentoh hal-hal agama, perkauman, politik dan spam  tidak dilayan dan tidak akan disiarkan.

Hadiah-hadiah untuk pertandingan ini akan saya siarkan pada post akan datang. Harap maklum kerana di atas kesibukkan tugas-tugas harian menyebabkan tidak sempat snap gambar. Jadi jangan lupa untuk lawati blog saya dilain hari untuk melihat gambar hadiah yang akan saya sediakan dan jangan lupa juga menyertai pertandingan ini.Tarikh tutup pertandingan tersebut adalah pada 25hb Mac 2012.

Wassalam....Sekian terima kasih....

No comments:

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...