uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Thursday 22 December 2011

Petua Orang Dahulu Hilangkan Bau Badan

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf

Badan berbau sudah tentu mendatangkan masaalah kepada ampunya diri malahan kepada teman-teman yang berada disekeliling. Bak kata orang...kalau ada bau ni...sah dia ada dalam kawasan ini. Ini menandakan bau busuk badan sesaorang itu boleh menyerbak dalam sesuatu kawasan.

Masalah ini perlu diatasi sejak bermula dari bayi lagi. Syaratnya ibu bayi tersebut hendaklah rajin. Bila bayi berak, ibu akan membuang najis dan membasuh bayi ditandas. Pantang bila membasuh punggung bayi, terus memandikan bayi tersebut. Ibu yang malas, bila basuh punggung bayi terus memandikannya. Ini memnyebabkan badan anak jadi berbau bila dewasa.

Bila dewasa, badan berbau. Ini masih boleh diatasi dengan mengosok ketiak dengan lutut bila mandi. Punya lah susah! Kalau tidak percaya, cubalah....

Oleh kerana rutin harian tergesa-gesa dan perlu mengambil masa beberapa minit sahaja untuk mandi. Jalan yang paling singkat untuk menghilangkan bau ketiak ialah dengan memakai pewangi ketiak. Macam-macam jenama terdapat di pasaran.

Sesetengah orang memakai pewangi ketiak tidaklah disebabakan ketiak berbau tetapi sekadar menambahkan keyakinan diri dan mewangikan tubuh badan.

No comments:

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...