uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Friday 16 December 2011

Memasak Guna Dapur Kayu

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum dan salam sejahtera...
Dapur Kayu Di Luar Rumah
Trend sekarang memasak makanan menggunakan dapur eletrik dan menggunakan gas. Petik sahaja, api sudah menyala. Masaklah apa sahaja, janji pandai mengolah resipi masakan. Berbanding zaman kanak-kanak saya pada masa dahulu, kami memasak menggunakan dapur kayu. Bayangkan betapa susahnya. Tetapi ada seronoknya juga.

Saya juga pernah terlibat membuat dapur kayu tersebut bersama ibubapa. Mula-mula buat binaan macam meja, tapi mempunyai dinding kepungan untuk diletakkan tanah didalamnya. Letakkan kepingan zink di atas tanah tersebut. Kemudian letakkan pula lapisan tanah di atas kepingan zink tadi lebih kurang 40mm. Ini mengelakkan bahagian bawah dapur terbakar apabila terlalu panas.

Ruang bawah bahagian dapur tersebut adalah sebagai setor sementara tempat meletakkan kayu api yang telah dipotong dan dibelah-belah sebelum digunakan. Kayu yang diletakkan di bawah dapur tersebut adalah kayu yang telah betul-betul kering melalui proses pengeringan dengan cara menjemur di bawah panas matahari. kalau kayu kurang kering, lagi siksa hendak memasak kerana ia mengeluarkan asap dan susah terbakar.

Bila hendak memasak, maka kayu-kayu tadi disusun di bahagian tengah atas dapur. Susunan kayu tadi hendaklah pada hujungnya menumpu ke satu arah. Hendak menghidupkan api pada masa zaman itu sudah menggunakan mancis kayu. Masa itu seingat saya harga mancis kotak adalah 20 sen. Bila api mancis sudah menyala, cucuhkan pada "getah sekerap". Api yang menyala kemudiannya merebak pada kayu tadi. Proses seterusnya ialah meniup bara api pada kayu supaya menyala. Bayangkan. Tiup! Tiup! Tiup! Mengambil masa beberapa minit. 5 hingga 10 minit. Tidak boleh berputus asa. Kalau putus asa. Alamat tak makan.Sesudah menyala api, baharulah boleh memasak. Api boleh di kawal dengan cara merenggangkan kayu-kayu tadi.

Apabila memasak menggunakan kayu, ia akan meninggalkan abu kayu. Bila abu kayu banyak, ia hendaklah dikaut dan dibuang. Abu tersebut juga boleh digunakan sebagai pencuci pinggan mangkuk. Arang kayu tersebut boleh ditumbuk-tumbuk hingga halus untuk di buat bahan pemutih gigi. Pasal abu kayu dan arang pemutih gigi...saya akan cerita lain kali. 

Bayangkan dulu-dulu tiup api. Tergelak! Exercaise....elak dagu mengeleber....ha ha ha....

Sekian, Wassalam....

No comments:

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...