uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Friday 2 December 2011

Kurangkan Pengambilan Garam Dalam Makanan

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum....

Mari kita bincangkan tentang kesihatan pula yang berkaitan dengan penyakit darah tinggi. Biasanya kandungan garam adalah element yang selalu dikaitkan dengan penyakit tersebut. Garam/natrium adalah penting untuk kesihatan bagi menseimbangkan fungsi air dalam badan, menghantar impuls saraf, mengatur fungsi membran sel dan aktiviti otot namun apabila pengambilannya berlebihan, ia di kaitkan pula dengan penyakit darah tinggi.


1 sudu teh garam (5g) = 2000 mg natrium klorida

Sumber-sumber lain yang mengandungi garam adalah Monosodiumgeltimate (msg) atau selalu dipanggil ajinomoto atau pun perasa-perasa lain. Sos soya atau kicap dan sos-sos lain adalah mengandungi tinggi kandungan garam.

Perlulah kita mengurangkan garam dalam makanan untuk mengelakkan risiko penyakit. Kita kurangkan garam semasa menyediakan dan memasak makanan. Kurangkan juga pengambilan makanan segera. Jika mengunakan garam beriodin, pastikan garam ditambah selepas api dipadamkan. Kepekaan rasa masin ini sebenarnya perlulah dididik dan dilatih pada peringkat kanak-kanak lagi. Kalau sudah terbiasa makan makanan kurang masin, apabila makan makanan masin yang orang lain hidangkan, sudah pasti anak-anak berasa terlalu masin dan kurang berselera untuk makan.

Mulai saat ini anda perlu belajar dan melihat Panel Maklumat Pemakanan pada sebarang pembungkus makanan. Pada Panel Maklumat Pemakanan tersebut dinyatakan kandungan natrium, karbohydrat, vitamin, protin, lemak, tenaga, saiz hidangan dan lain-lain lagi. Oleh itu pilihlah produk makanan yang mengandungi garam paling rendah berdasarkan Panel Maklumat Pemakanan tersebut. Kurangkan juga kekerapan menghidangkan telur masin, ikan masin, sayur jerok dan makanan jerok yang diproses.

No comments:

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...