uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Friday 9 December 2011

Malam Penghargaan Dan Jamuan Tahunan Mara 2011

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Tarikh:        7 Disember 2011
Masa :        7.30 malam
Tempat:    Grand Mahkota Ballroom,       Hotel Istana Kuala Lumpur
Disempurnakan oleh:  Dato' Hasan bin Malik, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

Agenda majlis:
1. Penyampaian Penghargaan Kepada Pesara MARA
2. Penyampaian Penghargaan Perkhidmatan 25 Tahun MARA
3. Penyampaian Anugerah Inovasi MARA 2011

Intipati kata-kata alu-aluan Yang Berhormat Dato' Hasan bin Malik, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan kejayaan dan kecemerlangan MARA memacu pertumbuhan ekonomi, sosial dan politik negara hari ini adalah hasil jerih payah perjuangan pemimpin serta genarasi dahulu yang telah menyalakan obor perjuangan dan membawa obor perjuangan tersebut dari satu jenarasi kepada jenarasi lain. Jejak-jejak perjuangan yang ditinggalkan perlu diisi dan diteruskan oleh generasi pelapis. Ini adalah kerana persekitaran global hari ini membawa cabaran besar dan menuntut perubahan yang drastik terutama dalam gelombang ekonomi pasaran terbuka.

Pesara MARA dan penjawat awam yang telah berkhidmat lebih 25 tahun yang diraikan pada malam tersebut juga adalah merupakan sebahagian  daripada pejuang yang telah berbakti kepada masyarakat dan negara.

Datuk Ibrahim bin Ahmad, Yang Berbahagia Ketua Pengarah MARA menyatakan Majlis Malam Penghargaan dan Jamuan Tahunan MARA 2011 ini diadakan khusus untuk mengiktiraf serta menghargai warga kerja MARA yang bersara serta meraikan warga MARA yang telah berkhidmat selama 25 tahun.

MARA sememangnya terhutang budi  kepada kumpulan ini atas pengorbanan , pengalaman, komitmen, kepakaran serta kegigihan dalam memastikan visi dan misi Organisasi tercapai. Sememangnya diakui peranan yang dimainkan Warga MARA cukup signifikan dalam menjayakan usaha MARA untuk meeujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian Bumiputera. Ini dapat dibuktikan sepanjang lebih empat dekat diwujudkan, Mara telah melahirkan golongan intelektual, technopreneur dan "global competent workforce".

Semuga semua warga MARA mendapat keberkatan hidup, dilimpahi rahmat dan kebahagiaan.

No comments:

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...