uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Saturday 3 December 2011

Menarik…Sedap…Manis… Tetapi Awas!

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, selamat sejahtera, salam 1Malaysia dan seintro dunia….

Mari kita bincangkan tentang kesihatan lagi..Macam satu kesalahan kalau tidak membincangkan tentang penggunaan gula dalam makanan dan minuman. 

Jagalah kesihatan kita dengan mengurangkan pengambilan gula dalam makanan dan minuman kita. Gula yang terkandung dalam makanan seperti gula-gula, sirap air minuman, minuman berkarbonate, coklet dan biskut-biskut. Berhati-hatilah dengan kandungan gula yang tersembunyi di dalam makanan dan minuman tersebut.

Pengambilan makanan tersebut perlu dihadkan kerana ia menyumbang kepada penambahan kalori tanpa sebarang zat makanan bahkan merosakkan gigi pula. Pengambilan gula berlebihan meningkatkan risiko kepada penyakit jantung, kegemukkan dan kencing manis.

Makanlah makanan yang rendah kandungan gula. Gantikan kueh manis dengan pilihan menu yang lebih sihat seperti kueh karipap, popia, kasturi, pulut panggang dan apam. Jika membeli makanan siap berbungkus, semak kandungan gula dalam produk makanan berdasarkan Panel Maklumat Pemakanan. Saya percaya selama ini kita tidak ambil perhatian untuk melihat Panel Maklumat Pemakanan. Pertama kali melihat, membandingkan dan memilih makanan berbungkus, sudah tentu mengambil masa. Percayalah, bila maklumat tersebut telah anda ketahui dan tersimpan di dalam pemikiran, anda tidak akan ragu-ragu lagi pada masa akan datang untuk mengambil makan pilihan anda. Didik anak-anak sejak dari kecil menggunakan Panel Maklumat Pemakanan dan bertindak secara bijak.

Anda tidak perlu mengurangkan pengambilan gula dalam makanan dan minuman secara mendadak tetapi hendaklah dilaksanakan secara perlahan-lahan. Jika sebelum ini anda kerap mengambil minuman berkarbonate, jadi anda perlu mengurangkan pengambilannya dan bertukarlah kepada memesan minuman yang berasaskan kepada buah-buahan segar dan sayuran seperti air epal, limau mandarin, karot, pegaga, kiwi, apricot, serbat, barli dan lain-lain lagi. Tentu lebih menyeronokkan jika makanan dan minuman buah-buahan tersebut dibuat dirumah kita sendiri bersama-sama dengan keluarga.

Wassalam….
(Petuapaje.blogspot.com)

1 comment:

saedah said...

Makan memang sedap! Tapi kena beringat...manis, masam, masin,kelat dan pahit kena seimbang..

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...